Alkisahnya Kad Kredit Lagi.

4:02 PTG JunAina 12 Comments

Minggu lepas Aina ada buat entri berkenaan kad kredit rujuk kat sini.
Report dah dibuat pada hari yg sama iaitu hari Isnin katanya dalam masa 2 minggu katanya kad akan diganti tetapi hari Jumaat dah sampai kat baru, terkejut jugak...cepatnya! Alhamdulillah sekurang-kurangnya segalanya selesai dengan cepat dan yang penting kita sebagai pengguna tidak dipergunakan oleh pihak lain.

Mengejutkan! Hari ini Aina dapat satu panggilan telefon, diamat-amati nombornya tetapi memang tak kenal. Lagipun jarang-jarang ada kawan-kawan yang guna nombor DiGi. Menjawab panggilan yang katanya dari Maybankard Service Center (terus terang ni! hahhaaa...) yang bertanggungjawab ke atas semua Visa dan Mastercard yang dikeluarkan oleh pihak bank. Bertanya kad yang telah dikeluarkan oleh pihak bank dah sampai ke belum. Aina jawab dah kemudian dia minta ambikkan kad dan bacakan nombor kad.

Pengalaman telah mengajar kita untuk lebih berhati-hati, dengan hanginnya Aina tanya dia 'Kenapa you call I guna handphone number ye bukan guna number service center?' (dalam Bahas Inggeri rojak...hahahaaa...). Cepat-cepat dia jawab 'Tak ada masalah Cik kalau guna handphone pun'. 
'Macam nilah saya nak terus terang, saya tak akan respon pada mana-mana pihak juga yang call dan tanya yang bukan-bukan kecuali benda tu sahih dari Service Center. Sorrylah!'
Dengan suara serba salah 'Okey cik, nanti saya inform service centerlah'
Huh baru seminggu tertipu takkan minggu ini nak kena lagi melampau betul!

Sangat-sangat menghairankan macam manalah dia orang boleh dapat tahu setiap individu yang menerima kad daripada pihak bank, siap dengan contact number lagi. Memang betul agaknya seperti yang dibicarakan orang luar, ada musuh dalam selimut yang bagaikan duri dalam daging! Ada pekerja yang tak amanah menjual maklumat yang sepatutnya sulit kepada orang luar!



Gambar hiasan. Walaupun handbag jenama ini menjadi idaman hatiku tak mungkin kredit kad akan menjadi pertaruhan. Suatu hari pasti akan aku miliki, duit tabung pun dah agak banyak tapi banyak dengan duit syiling sahajalah!


Nukilan Aina: Sekali tersilap langkah tak mungkin ku ulanginya lagi, akan dijadikan sempadan dan pengajaran dalam melewati sisa-sisa kehidupan.





12 Rider Beraksi:

Anak Abah.

1:47 PTG JunAina 15 Comments

Cerita anak-anak yang sentiasa kreatif sahaja samaada secara positif atau kreatif mencari pasal. Kadang-kadang stress tetapi kadang-kadang telatah mereka melenyapkan keletihan yang ada dalam diri. Kalau salah seorang tak ada di rumah akan terasa kehilangannya.

Kakak dan abang selalu merungut mama manjakan adik sampaikan bila tidur pun kat celah ketiak mama, abang dan kakak lepas ke tepi. Hai...anak-anak, macam manalah lengan mama mampu menahan lagi coz badan masing-masing dah besar gedabak! Adik kecik lagi boleh le. Mana ada perbezaan kasih sayang pada kamu semua! Sama saja tapi mungkin adik selalu minta di manja, suka peluk mama, suka cium-cium mama  so kakak dan abang pun jelez le.


Bebanding Pak Tuan lebih manjakan anak perempuan kerana bagi dia anak lelaki harus lebih berdikari. Harus kuat semangatnya, jangan asyik nak melekat dengan mama dan abah. Harus punya tanggungjawab terhadap keluarga. Mama tetap memandang anak-anak masih kecil, belum masanya mendidik mereka sebegitu...

Hadiah puteri kesayangan yang membuatkan Pak Tuan tersenyum meleret. Manalah abah tak semakin sayang (siap lekat kat opis lagi...)


Kad ucapan buat abah...lebih banyak love, jelez mama...

Tapi...mama dapat bunga, besh jugak. Pandainya kakak ambik hati mama dan abah...


Nukilan Aina: Anak hanya mengikut acuan yang kita bentuk. Terpulang pada kita untuk mencipta acuan yang berbunga, bergigi atau lompong sahaja yang penting mereka seharusnya menjadi manusia! Bila percaturan tidak menjadi jangan disalahkan sana dan sini, muhasabahlah diri. Kaji di mana tirisnya didikan kita!
 



15 Rider Beraksi:

Tak Larat!

1:13 PTG JunAina 11 Comments


Hari ini betul-betul tak sihat, tak larat nak bergerak pun! Tadi terpaksa menggunakan inhaler, sesaknya macam baru sahja berlari 100 meter padahal hanya mengambil drawing kat printer. Tersandar!
Inilah yang aina gunakan tadi, baru je pegi ambik kat klinik setelah yang lama hilang dalam simpanan. Bukan apa jarang guna, agaknya kali terakhir guna bertahun yg lepas.
 
Buat kerja hari ini rasanya hanya 50% penumpuan dari hari-hari biasa. Kenapa tak cuti atau mc? Takut coz baru je cuti 3 hari minggu lepas, takut orang tidak memahami. Rasanya perlu mengambil percutian 3 hari 2 malam di mana-mana hospital kot!

Dah tak larat nak update blog juga, hanya jalan-jalan kat halaman kengkawan.



11 Rider Beraksi:

Kad Kredit

6:42 PTG JunAina 12 Comments


Gambar dari en.google.
Sejak balik dari kampung kesihatan agak terganggu mungkin keletihan kerana rehat yang kurang dan memandu jauh. Mana taknya terlalu banyak aktiviti yang disusun semasa berada di kampung termasuklah menghadiri majlis kenduri dan dating dengan kawan-kawan kat kampung. Tidur pun kurang paling awal 12 malam, kebetulan pula seorang mak saudara jugak balik pada tarikh yang sama. Memandu balik hanya bertahan sehingga Tapah terpaksa berhenti rehat dan mencari `ayaq kuat' untuk bertahan sampai ke Kajang. Demam, selsema, batuk-batuk dan sebagai pelengkap package asthma turut menyerang.

Terus bekerja pada hari Khamis berlanjutan sehingga hari Ahad tanpa rehat. Penat! Fikiran kurang stabil kerana kurangnya rehat dan terlalu banyak berfikir soal kerja. Mendapat satu panggilan telefon yang meminta alamat untuk mengirim privillage kad dengan kemudahan sekian-sekian dan dapat pulak package percutian sebanyak Rm1500.00, beli laptop dapat 40% less. Sambil bercerita dia membaca nombor kad dan meminta yang selanjutnya kita bacakan. Mintah tarikh luput kad dan tanpa disedari juga telah meminta nombor 3 angka di belakang kad. Disebabkan tak sempat berfikir terus sahaja diberi dan tiba-tiba tersedar. Terus tanya dia 'Saya rasa nombor 3 angka tu bertujuan untuk keselamatankan?'. Dia jawab 'Tak apa cik' dan kemudian terus memotong cakap dengan ingin menyambungkan kepada bos dia yang bernama Alen. Masa tu terus Aina putuskan talian. Telefon card centre.

Jalan selamat dan sedikit cepat. Membuat aduan kepada pengeluar kad. Pihak bank telah membatalkan akaun kad tersebut dan akan menggantikan dengan kad baru dalam masa dua minggu. Pada masa yang sama pihak bank jugak menasihati supaya tidak mendedahkan nombor keselamatan tersebut kepada sesiapa pun dan sekiranya dapat cubalah melakukan transaksi secara bersemuka. Agaknya apa akan terjadi sekiranya kita tidak sempat menyedari keadaan seperti itu?

Nukilan Aina: Bagi sesetengah orang kad kredit mungkin tidak perlu, tetapi bagi Aina ia penting untuk waktu-waktu kecemasan tetapi perlu disiplin. Jangan pulak asyik bershopping dan gunalah kad kredit dengan berhemah. (Pernah si abang bermain mesin basuh dan terputus jarinya. Kesibukan kes yang lebih besar di hospital kerajaan membuatkan hati ibu rawan  kerana pihak hospital hanya meletakkan ubat luka dari pukul 11 pagi sehingga 4 petang tanpa rawatn susulan dan mengambil keputusan memindahkan anak ke hospital swasta. Insuran agak lambat memberi respon, dalam akaun pulak hanya ada 1K pada jam 5 petang sedangkan deposit untuk pembedahan hari itu adalah 2K)









12 Rider Beraksi:

Nat Pokok Getah

2:33 PTG JunAina 17 Comments

Entri Khas Balik Kampung.
Ahad : 13 March 2011

Saat paling bahagia bila nampak sawah walaupun masa tu baru sampai area Sungai Petani, cepat-cepat turunkan tingkap coz nak hidu angin sawah. Segar dan terasa bertapa nikmatnya! Hati terasa tenang dan damai! Kerinduan pun bermain-main dimata.

Di sebabkan ini cerita balik kampung so kita tukar slanglah. Sampai rumah mak tak dak orang so jengah tok kat rumah sebelah dan sembang-sembang, kebetulan dia pun baru sahaja sembuh sakit itu pun belum betul-betul baik. Sambil tu mak cik anak tok yang bongsu (muda setahun dari ceq) buat kopi o dan pekena pulak dengan roti pat segi (biskut cream crakers). Pukul 6.30 pm baru mak balik dari kenduri, selepas dua jam sampai.

Stop cerita tu pasainya nak cerita pasai nat pulak. Hampa tau ka nat tu apa? Hahahaa... Nat tu adalah pekan sehari atau pasar pagi tapi yang nak cerita ni special sikit. Nat Pokok Getah! Cukup terkenal kat Perlis ni. Nat ini terletak kat Pauh dan beropeasi hanya pada hari Ahad bermula seawal pagi sampai tengahari. Nat ni mendapat namanya kerana beroperasi dalam lawasan kebun getah. Kalau hampa semua pi Perelih pilah Pauh, kalau dari Arau hampa akan jumpa nat dulu baru jumpa pekan Pauh.

Jalan-jalan kat nat macam-macam benda ada. Ikan, sayur, daging, udang, ketam, makanan bermasak, buah-buahan sampai kain baju, bundle pun ada jugak. Penatlah wehhhh....

Jom layan gambar-gambar yang sempat diambik semasa berjalan-jalan kat nat.

Hampa tau dak apa dia ni? Haaaa...nilah gulai daging dengan batang pisang. Bukanlah batang pisang seketoi tu tapi umbut pisang, batang pisang yang bahagian dalamnya. Best...tapi yang ni bukan kat nat tapi kat R&R Gurun arah utara gerai mula-mula sekali.
Masa nak pi nat kena lalu Arau tiba-tiba ternampak hotel kat tepi jalan tu. Huishhh...maju dah tempat ceq nih.
Ni pulak halwa maskat, sebenagnya dia seketoi besaq tapi yang ni dia dah potong kecik untuk kita rasa. Manis...sedap...
Hampa tau dak apa ni. Sarapan pagi atau minum petang paling syok. Pisang rebuih sama nyok kukoq...hehehee...
Ni pulak makanan tradisional orang-orang Perelih jugak la, namanya emping (padi pulut yang  di tumbuk, dulu2 orang buat sendiri ja, la susah dah nak cari orang tanam padi pulut) tapi yang ni dah dikomersialkan sikit depa tambah jagung. Best...sebungkuih tu ceq habiskan sorang-sorang ja tak dak share-share....
Sebotoi madu tulen ceq beli kat nat ni. Siap ada sarang dia lagi, pas tu siap bagi resepi guna madu lagi.
Haaa...yang ni ceq tengok ja. Hampa reti makan dak? Anak ceq tanya pasai apa udang ni ada tangan selalu udang kat Tesco tak dak tangan...hahahaa...ni udang lipan...

Penat wooo jalan-jalan dalam nat dalam panaih lit-lit...hahahaa... Ikan pun agak mahai jugak hari tu. Kembung putih (my peberet) pun Rm8 sekilo jalan-jalan jumpa hat kecik sikit Rm3 sekilo ceq beli 3 kilo buat laksa, ayam Rm8.50 sekilo...ayoyooo...time-time cuti semua barang mahai naik rege.

Banyak lagi nak cerita tapi nanti-nantilah no tapi yang pasti anak-anak sangat teruja dan mak pulak double teruja bila dapat balik kampung tapi Pak Tuan kat rumah bermuram durja pasai kena tinggai!

Nukilan Aina: Tiada apa yang lebih membahagiakan selain dapat menatap wajah tua emak dan tok, hati terasa belas melihat mereka melalui usia tua dengan kudrat yang sudah tidak seperti dulu. Hati tenang melewati setiap kenangan menjadi anak kampung.




17 Rider Beraksi:

Balik Kampung.

6:16 PTG JunAina 5 Comments

Esok akan memulakan perjalanan 500km merentasi Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah menuju ke Perlis. Hanya bersama anak-anak, perjalanan akan bermula awal pagi tentunya selepas bersarapan dan menyelesaikan tugasan-tugasan harian di rumah. Sebolehnya ingin tiba ke kampung sebelum petang menjelma kalau dapat hendak menikmati makan tengahari bersama emak.

Harap semuanya selamat, harap anak-anak jugak tak buat perangai bila Pak Tuan tak ada!

Tak sabar....



 Nak tangkap ayam!!! Buat gulai...

Ini pulak pemandangan sawah kat depan rumah, hijau ja tapi rasanya sekarang nie nampak coklat je kerana padi baru habis dituai.


5 Rider Beraksi:

Bicara SEX budak sekolah!!!

12:49 PTG JunAina 7 Comments


Serba salah nak menulis tentang isu ini, almaklumlah blog Dari Mata Pena Lahirlah Sebuah Rasa bukanlah blog prono! Sebagai peringatan pada diri sendiri dan memohon pandangan dari teman-teman blogger yang sudi singgah ke teratak kecil ini.

Pagi Jumaat yang damai, masuk pejabat dengan senyuman meleret kerena esok akan mula bercuti dan kampung halaman yang dirindui akan dijejaki. Pergi pantry buat air, duduk dan start buka bekalan, tiba-tiba seseorang dengan muka yang kusam mata yang lebam datang menarik tangan mengajak ke surau dengan muka serba salah. Hairan kebiasaannya kawan yang seorang ni seorang yang periang, sentiasa kecoh!

Belum bermula kisah, air mata sudah merembes, hati tertanya-tanya bergaduh dengan suamikah. Diam memberi ruang kepadanya untuk memula bicara. Tangannya mengeluarkan sehelai kertas yang agak kusam dengan tulisan tangan yang agak bercelaru. ’Bacalah’ katanya perlahan.’Itulah tulisan anak lelaki saya berusia 11 tahun, saya terjumpa semasa membasuh seluar sekolahnya semalam’. Dia menangis lagi. Perlahan aku membuka.

Membaca dari luar ke dalam, dari kanan kekiri dan dari atas ke bawah. Terkedu. Tak mampu berkata-kata. Memang di luar jangkaan bila anak-anak seusia ini sudah pandai menulis sebegitu. Menulis mengenai SEX! Subhanallah...tak tahu bagaimana harus dimulakan bicara. Mencari kekuatan agar setiap percakapan tidak akan disalah tafsirkan.

Perlahan aku memulakan kata-kata, setakat yang mampu hanya untuk menenagkan hatinya. ’Sabarlah, mungkin ini tidak seburuk yang kita sangkakan (walaupun kita tahu apa yang ditulis itu sangat-sangat keterlaluan bagi anak berusia 11 tahun). Pasti ada jalan peyelesaiannya, nasihatlah dia sebaik mungkin. Bukan dengan kekerasan, tunjukkanlah kebenaran dengan agama. Sebagai ibu kita paling dekat dengan dia. Pantaulah dengan siapa dia berkawan dan setiap buku yang dibacanya.Nasihat dan ingatan yang berterusan agar dia tidak lupa dan alpa. Jangan beratkan hati kita dengan masalah ini, cuba selesaikan kerana anak-anak seusia ini masih boleh dibentuk (dah jadi pakar motivasi pulak pagi ini). Aku menyambung perlahan...'andai di rumah ada menyimpan VCD filem prono tolonglah buangkan!'

Sebagai seorang ibu yang mempunyai anak seusia anaknya tidak dinafikan perasaan takut itu wujud jauh disudut hati. Anak perempuan juga semakin membesar mungkin tak lama lagi dah nak jadi anak dara lagilah menakutkan. Semoga Allah (s.w.t) melindungi mereka dan memeberi kesempatan untuk aku menjadi ibu yang baik.

Berbalik apa yang ditulis, aku meminta izin darinya untuk aku berkongsi di sini bukan mengaibkannya tetapi hanya untuk sama-sama berkongsi dan menilai wajarkah anak sebaya ini bercerita mengenai SEX sesama rakan sekolah. Yang paling menakutkan tdicelah-celah tulisan-tulisan tangan itu terdapat jugak lukisan-lukisan yang tidak sepatutnya!(Harap pembaca-pembaca faham) Maaf ayat-ayat yang saya salin ini mungkin agak melucahkan! Perbualan 2 orang rakan didalam kelas mungkin semasa cikgu berada didalam kelas menggunakan sehelai kertas.` Engkau romen ***** sampai nangis pastu dia kata abang ***** tekan kuat-kuat sikit’ terkedu aku membacanya! ’Engkau jolok ***** sampai ***** menangis dan kau picit ***** dia sampai dia mati dan waktu matipun kau rogol dia!' Banyak lagi yang aku tengok dan aku baca dan tak sanggup juga dipastekan kat sini. Naluri ibuku menangis tetapi masih tetap mengawal emosi sebagai seorang kawan. Kalau kita berada ditempat dia apa agaknya tindakan kita?

Esok nak balik Perlis, nak lepas rindu pada mak dan kucing-kucing yang comel ni. Agaknya dah besar pun! Macam biasa Pak Tuan kena tinggal dek kerana tanggungjawab yang digalas.
 
Nukilan Aina: Kadang-kadang kita perlu muhasabah diri, mungkin ini balasan Allah (s.w.t) untuk kita atas dosa-dosa yang kita lakukan tanpa kita sedari (selidiklah mungkin ada benarnya), tak mustahil juga ini adalah ujian Allah (s.w.t) untuk menguatkan hati seorang ibu. Jalan terbaik berbaliklah kepada Al-Quran dan hadis bertunjangkan ajaran agama Islam! Sesungguhnya Islam itu mudah dan sesungguhnya dalam Islam telah lengkap segalanya termasuk perihal mendidik anak.


7 Rider Beraksi:

Hijrah-Perlukah aku menangis.

8:26 PG JunAina 9 Comments

Selepas 8 bulan bertungkus lumus, tak tentu rehat, balik lewat atas tuntutan kerja dan anak-anak juga jadi terabai akhirnya mendapat perkhabaran. Entahlah perlukah aku menangis atau perlukah aku ketawa dan menjerit kepada dunia (terover pulak)...

Kalau dulu terasa dan menjeruk rasa kerana lead yang lama ingin memanggilku kembali ke sana setelah khidmatku tidak diperlukan satu ketika dulu seperti yang pernah aku ceritakan kat SINI. Maka tercampaklah aku di sini, menghitung hari dengan rutin yang sama cuma tajuk besarnya (macam tak kena je ayat ni) sahaja lain. Mencari keserasian, alhamdulillah aku mampu mencari titik itu.

Hijrah datang lagi, antara berita gembira dan terselit sedikit kegusaran. Apa yang ada di sini belum sampai noktah terakhirnya masih ada yang perlu dibereskan dan aku pula menerima perkhabaran baru, tenaga serta kudratku yang tak seberapa di perlukan di tempat baru! Segalanya akan bermula dari A, bermula dari 0 bermakna sekali lagi aku akan menjadi antara perintis. Harapan besar ku letakkan di sini agar projek ini akan menjadi platform terbaik untuk aku (selain platform kat tengah laut yang aku buatlah) lebih berjaya dan mengaut ilmu di sini sebanyak mungkin. Sedikit myuskil KENAPA MESTI AKU PERGI DAHULU? Adakah kerana sememangnya aku diperlukan di sana ataupun aku sudah tidak diperlukan di sini. Tertanya-tanya...terasa ingin menangis tetapi aku tetap positif apa yang terjadi itu adalah yang terbaik untukku. (cewahhh pujuk diri sendiri...sob...sob...)

Insyallah mulai bulan depan aku akan mengemaskan barang-barang masuk kotak, lablekan workstation no dan esoknya lenggang kangkung mengemas barang kat The Intermark. Bermulalah ekspedisi baru untuk the very high profile project (macam bagus jerk) sampaikan HOD sendiri yang jadi project lead...
Tinggallah kengkawan yang masih perlu membereskan apa yang patut kat sini dan akan menyusul selepas tamat projek sekarang. 

Aku ingin menjadi yang terbaik. Belajar untuk menjadi lebih baik.

Nak kerja kuat, simpan duit banyak-banyak nak pergi santai-santai kat sini dan gambar ini sekadar hiasan tidak ada kena mengena langsung dengan entri ini.


Nukilan Aina: Walau di mana dicampakkan selagi kudrat diperlukan bukan siapa di atas atau sebesar mana projek yang dipandang tetapi lebih kepada menggalas tanggungjawab yang diberikan. Kepercayaan yang diberi bukan boleh dibeli, bukan hadir dalam masa sehari atau mungkin mereka sudah tiada pilihan lagi...



9 Rider Beraksi:

Bila lelaki kehilangan tulang rusuknya.

3:03 PTG JunAina 21 Comments

 
WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian.

Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Tertarik sangat-sangat dengan entri dari selatanonline.

Berkali-kali di ulang membaca tanpa jemu dan Aina ingin berkongsi bersama semua. Asalnya dari email yang masuk ke inbox.

Gambar hiasan. 

Berapa ramai lelaki yang perasan dan menghargai satu lagi tulang rusuknya selain yang memang sentiasa dibawanya? Berapa ramai jugakah lelaki yang terlupa dan terlalai belajar untuk memahami keadaan tulang rusuknya? Berapa ramai jugakkah lelaki yang tersalah menafsir hadits dibawah?

Wanita Ibarat Tulang Rusuk yang Bengkok.

Dari Abu Hurairah R.A berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Berpesan baiklah terhadap para wanita, karena wanita itu diciptakan dari tulang rusuk, dan tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, Jika engkau paksa meluruskannya dengan kekerasan akan patah dan jika engkau membiarkannya pasti akan tetap bengkok, oleh karenanya berpesan baiklah terhadap para wanita”.
(Hadith Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim ).

Sifat pelindung yang ada pada tulang rusuk itulah yang diumpamakan kepada wanita, menyempurnakan kekurangan pada bahagian lain. Melindungi bahagian-bahagian penting yang lembut di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Bukankah itu penting? Sekiranya tulang rusuk yang membengkok digantikan dengan tulang yang lurus tiada lagilah ruang yang selesa kerana bengkoknya itu mempunyai fungsinya yang tersendiri.

Bukan ingin menghurai hadith tetapi hanya ingin berkongsi pandangan pada lelaki yang memandang ringan pada tulang rusuknya. Mengambil mudah tentang hati dan perasaannya. Lebih teruk mengabaikan kehidupannya dan hanya menjadikan tulang rusuknya sebagai hanya tempat melampiaskan nafsu semata dan kadang-kadang menjadi mangsa amarah serta sepak terajang.

Sesekali renunglah ia, carilah jawapan yang pasti atas pengorbananannya. Mengapa Allah (s.w.t) menjadikan tulang rusuk itu bengkok. Usahlah dicuba membetul bengkoknya dengan kekasaran dan mengaharapkan perubahan sekelip mata. Mungkin perubahan mengambil masa bertahun-tahun atau mungkin tiada juga perubahan yang mampu dibuat tetapi sekurang-kurangnya belajarlah untuk memahami kenapa tulang rusuk itu bengkok.

Nukilan Aina: Tulang rusuk walaupun bengkok fungsinya cukup besar, begitulah wanita walaupun sukar difahami kerenahnya dan hatinya tetapi akan lumpuhlah sebuah rumah tanpa kehadiran seorang ibu atau isteri. Lumrah manusia bila di sisi kehadirannya umpama bayang-bayang tetapi bila hati wanita telah retak dan jiwa telah kosong mungkinkah lagi dia bisa menunggu dan tika itu pasti bayang-bayang itu dirindui dan dicari.  


21 Rider Beraksi:

Selamat Pagi Dunia!!

11:47 PG JunAina 23 Comments


Mencari ayat-ayat yang boleh menaikkan semangat dan menguatkan jiwa di pagi hari. MONDAY BLUES yang menjadi-jadi...tak terlayan. Pegang itu tak kena sentuh ini tak terasa...argghhh...tersiksa betul batin pagi ini. Makan pun tak terasa kenyang...kenapa???

Bila Sabtu terperap kat rumah dan Ahad masih jugak sibuk di rumah, hati seakan merajuk minta di pujuk. Jiwa pun mogok! Hilang tumpuan pada kerja. Huhhhh!!! Tak terlayanlah rasa macam nie dan tak mahu jugak ia terus mencengkam jiwa. Merempit pagi ini sungguh rasa tak selesa, hilang tumpuan di jalan raya. Kereta yang bersesak-sesak sedari Tol Sungai Besi rasa sangat merimaskan. Isnin memang membosankan!

Cepatlah petang..nak balik. Masih ada yang tertangguh dan yang pasti esok tak merempit sendiri kerana driverku telah kembali setelah 10 hari menyepikan diri membawa hati. Jangan bawak balik limau banyak-banyak udah le dari Merlimau!

Nukilan Aina: Ketandusan idea tahap gaban. Boringnya pulak dah tahap cipan!

23 Rider Beraksi:

Antara Dua Darjat.

1:39 PTG JunAina 15 Comments

Lokasi : Jalanraya yang menghubungi lebuhraya terkemuka di bandaraya.

Dalam kesibukan petang hari, semua bersesak-sesak nak balik ke rumah. Nak masak makan malam, nak jemput anak di nursery, nak dating dan tak kurang nak balik rilex2 kat rumah.
Tiba-tiba bunyi brek dari belakang dan suasana menjadi kalangkabut serta tegang. Rupanya Cik Kriss dan Encik BMW terlibat dalam kemalangan yang tak berapa nak besar pun tapi kecohnya mengalahkan ada yang dah meninggal patah kaki kat situ.

Encik BMW : Hei...!!! Buta ke kereta sikit punya besar boleh tak nampak? Dah nak mampos...dah lama sangat hidup ke? Jalan le tepi-tepi sikit dah tau awak tu kecik!

Ewaaahhh sikit punya maneh mulut dia. Bukan nak kesian ke aku yang tersandar kat divider ni lagi pulak dia main terjah jerit kita pulak. Banyak jensem muka hang? (hensem le sikit...hehehee...)

Cik Kriss: Apahal ni encik. Ini jalan saya, saya nak ke depan saya straight jelah.

Encik BMW: Ko tak nampak ke aku nak masuk yang ko tak break tu kenapa?

Cik Kriss: Saya pulak kena break? Nih yang menghimpit saya sampai ke divider salah saya jugak le?

Encik BMW: Salah awak le menyibuk kat situ. Banggang! Ko tengok dah habis body aku nih calar, sapa nak tanggung?

Eh...eh...dia banggangkan aku, ini dah lebey.

Cik Kriss: Encik bawak keta besar, mesti sekolah pandai kan, kerja mesti bagus so gaji mesti besarkan? Kalau gaji besar duit mesti banyakkan so guna duit sendirilah polish je bukan calar teruk pun! Lagi pun bukan saya yang langgar, encik menghimpit sampai ke tepi ini apahal. Saya tak marah encik pun dah cukup bagus...

Di celah kesibukan Encik Yamaha LC, Encik Honda EX5 dan beberapa encik lagi berenti. Encik BMW mula agak gelisah tapi masih nak menegakkan benang yang basah.

Encik BMW: Apa cerita sekarang ni?

Cik Kriss: Balai cerita...cakap banyak tak mau.

Nukilan Aina: Bila kita diberi kesenangan pandanglah pada orang yang berada dibawah. Jangan sesekali mementingkan diri sendiri atau menunjuk lagak sesuka hati. Ingatlah bola itu bulat tetapi suatu hati ia pasti akan disepak-sepak ke sana ke mari, roda jugak bulat dan pastinya berputar... Nasib kita jugak tak sama mungkin hari ini kita kat atas dan tak mustahil bila takdir roda itu berputar kita akan sampai ke bawah kerana sekiranya orang di bawah berputar ke atas pasti diiringi kegembiraan tetapi sekiranya dari atas terpaksa ke bawah masa itu hidup akan menjadi kelam!

15 Rider Beraksi:

Saya Bangga Ada Ibu

7:13 PTG JunAina 21 Comments

 

Kali ini Aina nak join contest anjuran KSP ala tuan punya diri yang termanja kat atas tu. Bukan apa cuma nak berkongsi rasa istimewanya dan bangganya Aina ada ibu sepertinya. Pemergian ayahanda tercinta di kala belum mengenal dunia membuatkan hati serta semua kasih sayang hanya tumpah padanya.

'Semangat juangnya menjadi inspirasi kepadaku untuk meneruskan kelangsungan hidup ini, melawan kecewa hati-hati yang patah dan rapuh. Kesabarannya umpama ubat yang bisa menyembuh setiap luka-luka yang ada. Kelembutannya mencair hati dan perasaan, membunuh segala kedegilan. Ketegasannya membina jati diri yang sejati. Kasih sayangnya sehingga kini bagai air dingin yang tak henti mengalir dari celahan gunung yang tinggi.' 

Pengorbanan tanpa henti, kepayahan yang dilalui penuh kecekalan. Mendidik dalam serba kekurangan, mencari rezeki dalam seribu kepayahan tetapi hatinya tak patah, air matanya tak pernah tumpah jauh sekali merungut. 

Kini usianya kian menginjak, garis-garis pada wajahnya sudah terlalu banyak sebagaimana banyaknya pahit dan manis yang dilaluinya sepanjang 60 tahun kehidupannya. Selayaknya dia mampu tersenyum kini, anak-anak mampu berikari. Hatinya tidak perlu gusar lagi memikirkan apa untuk di makan esok. Hatinya tetap seperti dulu kuat dan tabah kerana dia mengerti selagi hayat di kandung badan anak-anak masih mengharapkan teduhan kasihnya!


Dia ibuku...melahirkan dan membesarkan dari tiap titisan susu dan keringatnya. Sepenuh hati kasih dan sayang tumpah padamu ibu kerana 'Syurga Itu di Bawah Telapak Kakimu'

Secara rasminya sebagai memenuhi syarat-syarat 'contest' Aina dengan bangganya 'tag' semua pengunjung-pengunjung halaman ini yang ingin melahirkan kasih sayang pada ibu masing-masing.

21 Rider Beraksi:

Selamatkah Anak-Anak Kita?

6:17 PTG JunAina 14 Comments

Semalam pulang dari kerja seperti biasa bilamana mentari sudah mula beradu dan dingin malam menggigit tulang temulang. Melalui PLUS Highway menghala ke Kajang dengan iringan doa semoga selamat sampai setelah paginya sebelum kaki melangkah doa yang sama dititipkan. Sesungguhnya bukan itu yang ingin di kongsi tetapi ada sesuatu yang mencuit hati, menyentap rasa.

Sesampai di kawasan perumahan dengan melalui jalan pintas di bawah jambatan keretapi, melalui kawasan perumahan townhouse dan menghala ke rumah. Kegelapan malam yang agak suram dan tanpa lampu jalan yang sempurna terlihat bayang-bayang kelibat 2 kanak-kanak berjalan dari kawasan perumahan menuju ke jalan utama kawasan perumahan Taman Kajang Utama. Memberhentikan motor memerhati kanak-kanak dalam lingkungan 7-8 tahun berjalan berdua (takut juga anak sendiri). Mungkin mereka berjalan ke kedai yang terletak di belakang flat.

Terdetik di hati, kenapa kita membuka peluang kepada jenayah untuk berlaku. Kanak-kanak seusia itu dibiarkan berjalan di malam hari, walau atas alasan apa seklaipun bagi aku adalah tidak wajar. Memang itu adalah jalan utama, ada lampu jalan yang tidak sempurna maksudnya ada yang menyala ada yang dah padam, juga ada orang yang berniaga di tepi jalan tetapi adakah itu jaminan keselamatan anak-anak kita.

Kekadang kita terlalu mengambil mudah pada sesuatu perkara sehinggalah kita sendiri menjadi mangsanya. Ketika itu segalanya sudah tiada maknanya. Kenapa mesti mempertaruhkan keselamatan anak-anak hanya kerana sebuku roti? Sudah tidak mampukah kita sebagai ibu untuk melakukannya (yang aku pasti sesangat kaum ibu di kawasan itu tiada yang sakit terlantar). Tidak sempatkah lagi menunggu si bapa pulang dari bekerja? Aku menjadi betul-betul takut andai apa-apa terjadi pada mereka dan berasa sangat-sangat kasihan pada anak-anak ini. Menunggu sehingga mereka balik dan berjalan ke kawasan flat!

Teringat kisah seorang kawan. Berlaku di kejiranannya tanpa kita sangka dan duga. Anak-anak pulang dari sekolah membawa kunci sendiri sementara ibubapa pulak bekerja. Menjadi rutin seharian balik dari sekolah, buka kunci, masuk, tutup dan kunci grill. Pesanan andai ada yang datang jangan di buka pintu. Suatu hari balik dari sekolah sebaik pintu di buka di tolak masuk oleh seorang lelaki berbangsa India dan cubaan merogol telah berlaku. Seluarnya telah dibuka! Tiba-tiba si abang menyergah dipintu dan menjerit-jerit melihat adik diperlakukan sebegitu dan lelaki itu lintang pukang berlari. Subhanallah...syukur anak ini selamat.

Begitulah apa yang kita fikirkan sebenarnya tidak sama dengan situasi dan kenyataan hidup. Bagi kita anak-anak akan selamat bila pulang kerumah sendiri tetapi sebenarnya kita juga membuka peluang kepada berlakunya jenayah bila mereka pulang tanpa pemantauan orang dewasa. Sekurang-kurangnya ada jiran-jiran yang memerhati, walaupun kekadang lebih kepada menjaga tepi kain tetapi bila berlaku keadaan sebegini mereka masih boleh diharapkan.

Nukilan Aina: Sesibuk mana, seletih mana anak-anak tidak akan di biarkan sesuka hati keluar di malam hari kecuali bersama orang yang lebih dewasa. Bukan mengongkong tetapi itulah kasih seorang ibu demi keselamatan anak-anak. Alhamdulillah...tanggungjawab semasa tiada di rumah diambil alih adik sendiri.

14 Rider Beraksi: