Sebenarnya Saya Isteri Dia!

4:15 PTG JunAina 21 Comments

Dia pandang aku yang tiba-tiba datang.
Berdiri kaku berdekatan mereka berdua.
Mereka terus berborak sepertinya aku hanya bayang-bayang.
Mungkin jugak tunggul kayu.
Agak lama dia pandang lagi.
Borak lagi dan pandang lagi ulang benda yang sama berkali-kali.
Sedangkan orang disebelahku hanya buat tak tahu.
Aishhh...hangin pun ada jugak.
Orang sebelah ni asik borak je sampai lupa keliling.
Agaknya dah penat tenung-tenung dia angguk dan senyum.
Aku balas jugak senyuman dia, angguk-angguk jugak.
Mereka berdua masih leka.
Aku pandang jam.
Rasa macam dah lama mereka berdua berborak.
Masa berjalan, kelewatan pulak nanti.

Agaknya tak puas hati pakcik tua tu pun bertanya.
'Tunggu apa kat sini nak?'
Terasa mahu pitam.

'Pakcik. Sebenarnya saya isteri dia!'
Hayoiiii...

Begitulah. Lumrahnya. Sering terjadi antara kami berdua.
Usia yang membezakan kami selalu menimbulkan tandatanya orang lain.
Selalu menjadi perhatian.
Aku dah terbiasa, dulu-dulu aku malu di pandang begitu.
Kini aku bangga. Bangga menjadi isteri dia!
Bukan bererti riak tapi aku lebih bersyukur sekurang-kurangnya hidup aku lebih dihargai.


21 Rider Beraksi:

Bukan Sekadar Alas Kaki

9:33 PG JunAina 16 Comments

Dua tahun lebih sudah rasanya kasut ke pejabat tidak berganti. Bukan tak mampu tapi rasanya banyak sangat kotak kasut kat rumah. Kotak jelah coz banyak pasang jugak kasut yang sudah rosak dan tidak sesuai untuk dibawak pergi kerja. Kasut bertumit sudah lama masuk muzium. Adalah sepasang yang selalu pakai dan 2 pasang lagi terperap kat dalam kotak. Sejak umur makin bertambah selera kasut pun berubah. Dulu-dulu masa muda naik bas mini pun boleh pakai kasut bertumit 2 inci, jangan tak tau...hahahaa...

Entah bila lalu kat SOGO hati terdetik, singgahlah sekejap. Tak membeli pun tengok sahajalah. Nanti datang dengan Pak Tuan biar dia yang pilih sebab tu dah jadi kebiasaan. Membeli ikut selera dia sesekali ikut juga selera sendiri. Jumaat SOGO jadi tempat pilihan kaum wanita menghabiskan waktu rehat yang panjang tetapi ada juga yang terlupa solat Jumaat, bersangka baik mungkin dia sedang musafir.

Bila membeli kasut Aina lebih mementingkan keselesaan selain design. Kalau dapat biarlah selesa dan cantik dipandang, secara automatiknya kita akan lebih yakin berada di khalayak ramai. Nak tahu kebenarannya cubalah! Jenama yang akan jadi keutamaan ialah NAUTIFIT dan ESARALI bagi kasut bertutup. Selesa dan lembut bila berjalan.

Sesetengah orang mereka akan memilih kasut untuk di pakai mengikut majlis. Bekerja ada kasut lain, pergi kenduri kawin atau makan malam pakai kasut lain, nak pergi pasar pulak ada kasut lain. Aina pulak tidaklah cerewet dalam bab kasut. Pergi kerja, pergi kenduri akan pakai kasut yang sama mungkin untuk makan malam memilih kasut bertumit tinggi untuk kelihatan lebih bergaya menawan dan sesekali kasut bertumit itu dipakai jugak ke tempat kerja. Kalau pergi pasar selipar jepun pun tak kisah. Bab kasut tak dak pantang.




Dua pasang kasut yang menjadi pilihan pada hari tersebut. Kasut biasa sahaja tidaklah berjenama sakan membeli kenalah ukur kasut tu kat kaki sendiri. Semua tu pun selepas 50% diskaun. Kasut Esarali tu memang selesa sangat pakai, jalan jauh pun tak ada sakit-sakit kaki atau luka kat belakang kaki tu. Kasut Nautifit tu pun selesa pakai. Fesyen sekarang banyak jenis wedges tapi Aina tak selesa dengan wedges coz rasa macam penat ja bila jalan. Nautifit ni macam bertumit sikitlah, maksudnya belakang tu tinggi sikit. Aina suka. Warna kasut selalunya pusing-pusing kat situ jelah hitam, beige dan coklat. Kali ini kasut Esarali tu lain sikit warnanya. Ubah selera.

Bermakna tahun ini no kasut raya okeh. Jimat kos...

16 Rider Beraksi:

Pemberian Moga Merapatkan Ukhwah

3:18 PTG JunAina 7 Comments

Terima kasih awak.

Saya cuma jadi pembaca blog awak sahaja tetapi awak sanggup bagi semua ini pada saya. Terharunya saya. Gembira terasa diriku begitu berharga.

Saya suka gambar-gambar dalam blog awak. Saya klik-klik setiap lable perjalanan awak. Saya sangat teruja.

Hati ibu saya tersentuh dengan kisah Nina. Saya tak mampu menahan sebak. Saya menangis tetapi saya bangga dengan awak. Saya bangga dengan Nina. Dua-dua kuat. Kuat semangat.

Semoga ukhwah ini akan terus kuat terjalin.

Sekali lagi terima kasih awak!




7 Rider Beraksi:

Oh My English!

9:21 PG JunAina 16 Comments

Masa sekolah tak mau belajar betul-betul bila dah tua bangka macam ni baru rasa nak menyesal, tak berguna dah semua tu. Ibarat nasi dah menjadi bubur. Macam mana pulak le nak jadikan nasi balik coz dah lembik berair. Nak tak nak telanlah jugak walaupun makan bubur ni kejap je kenyangnya.

Membebel!

Masa sekolah dulu tak ambik port sangat pun tentang ilmu yg kita dapat. Belajar untuk lulus periksa supaya dapat sambung belajar lagi ke peringkat yg lebih tinggi. Lepas habis belajar dapat kerja bagus-bagus. Dapat gaji banyak-banyak. Boleh beli barang sendiri suka-suka. Ada duit lebih boleh jalan-jalan. Lebih banyak lagi joli katak.

Budak kampung. Sekolah biasa-biasa sahaja. Tak ada yang istimewa. Tiada jugak yang menarik. Pandai tidak. Cantik jauh sekali. Kami berusaha untuk keluar dari kepompong kehidupan anak bendang (walaupun mak langsung tak dak bendang). Usaha untuk menjadi yang lebih baik dari ibu-bapa sendiri sekurang-kurangnya (bagi aku mak sahajalah coz bapa dah tak ada sejak aku kecik).

Cabaran utama budak kampung yang sekolah kampung tentulah persekitaran. Ibu bapa tak ambik port sangat berkenaan pelajaran anak-anak. Bila periksa pun tak tau yang tau bila anak-anak bawak balik buku laporan masa tu lah nak pedih peha (itu kalau bawak balik ada jugak yang sign sendiri). Kelas tuisyen jauh sekali, haraplah kelas tambahan yang cikgu bagi. Buku rujukan bergantunglah pada buku kat perpustakaan sekolah, hanya yang berada mampu beli.

Melencong lagi!

Aku dulu English dapat 7 masa SPM. Kira oklah dari tak lulus. Bukan dok MRSM...hikhik. Budak kampung yang tak dak motivasi. Habis SPM kawan-kawan naik tingkatan 6. Aku dok fikir nak sambung belajar dan dapat kerja cepat nak tolong mak. Satu hari bapa saudara bawak pergi rumah dia di KL, dia ambikan borang IKM. Ini adalah langkah pertama yang mengubah hidup aku sampai sekarang. Teringat lagi lepas isi borang jalan kaki ke Pejabat Pos Pantai Baharu melalui Kampung Kerinci dari Flat Bukit Angkasa, Pantai Dalam dengan anak sulung dia masa tu belum sekolah lagi pun.

Balik ke pangkal jalan!

Kesedaran berkenaan Bahasa Inggeris ni kena ada. Penting bagi setiap orang. Bukan bermakna kita mengagungkan bahasa lain berbanding bahasa sendiri. Tak salah pandai bahasa asing bukankah itu satu cabang ilmu jugak. Banyak kelebihannya kalau kita tahu coz banyak buku-buku ilmiah dalam Bahasa Inggeris dan banyak yang tak diterjemahkan. Itu dari segi ilmu. Pergaulan pulak? Kalau tak pandai sangat pun paling penting ada keyakinan untuk bercakap. Buat salah ketika bercakap itu adalah normal. Belajar dari kesilapan.

Pengalaman. Biasa bekerja dalam kelompok Melayu sahaja membuatkan Bahasa Inggeris yang senipis kulit bawang bertambah bersawang. Suatu hari dipanggil temuduga. Tunggu penuh debaran tiba-tiba seorang lelaki Cina masuk bersama seorang perempuan India. Nasib baik depa cakap campur dengan Bahasa Inggreis dan Bahasa Melayu. Habis sesi dibawak ke bilik bos. Mahu pitam bila seorang Mat Saleh senyum sambil hulur tangan. Pertama dia sebut 'Mistake Make You Perfect. Just talk'. Hahahaaa...tengok muka aku pun dia tau dah Bahasa Inggeris hancoq, muka blur.

Jadinya di samping memartabatkan dan mengagungkan Bahasa Melayu jangan diketepikan Bahasa Inggeris. Kita perlu belajar kerana ia adalah ilmu. Bukan mengangungkan. Kenapa tidak berusaha untuk jadikan Bahasa Melayu setara Bahasa Inggeris? Semua itu akan ambik masa. Kita perlu berubah sebelum minta orang lain berubah.


16 Rider Beraksi:

Tekanan Perasaan

3:12 PTG JunAina 7 Comments

Rasa semakin tak kuat.

Rasa semakin sakit.

Rasa jiwa tersepit.

Hidup menghimpit.

Lalu ke mana hendak di tuju.

Di mana tempat hendak mengadu.

Mendung yang berlalu 3 purnama lalu kembali bertamu walaupun bukan atas sebab yang sama. Sakit, sedih pedih, pilu bercampur baur. Susah untuk diungkap. Hanya hati merintih. Jiwa berdolak-dalik. Kuatkah aku untuk menghadapi hari seterusnya. 

Melihatnya hati menjadi pilu. Mengingatnya hati bagai ditoreh. Ingin rasanya pergi jauh darinya. Memula kembali langkah pertama. Bertatih hidup tanpa dilema. Mampukah aku? Mampukah aku? mampukah aku....?


7 Rider Beraksi:

Bila Jiwa Bergelora Hati Juga Tidak Tenang

8:37 PG JunAina 8 Comments

Hari ini letih, hari ini mata jugak berat. Kurang rehat serta kurang tidur mungkin. Bila jiwa bergelora hati mejadi tidak tenang, otak asyik berfikir jantung boleh berdegup kencang. Pergilah jauh-jauh wahai perasaan. Tak mampu rasanya menanggung beban ini lagi. Bebaskalah jiwa dari belenggu ini.

Masalah hadir dalam hidup kita sebagai cabaran. Bezanya bagaimana kita menghadapi jugak menanganinya. Cerdik pandai akan menghadapinya dengan menggunakan akal tetapi bila hati sedang bergelora emosi jugak akan menang. Bertabah!

Masalah kecil sekiranya salah ditangani akan menjadi besar. Semakin besar bila melibatkan orang lain dan semakin meleret-leret bila semakin ramai yang terlibat. Bila melibatkan orang lain dan pihak ketiga itu pula hanya berdiam tanpa berbicara sedangkan yang pertama dan kedua menjadi huru-hara. Peninglah!

Saya bergaduh dengan orang...hahahaaa... Saya bergaduh sebab dia marah orang lain depan saya. Tengking.  Tunjuk penumbuk dimuka. Marah tanpa sebab yang jelas. Tiada angin tiada ribut umpama orang yang tidak waras. Terkedu orang yang dimarah. Tak tahu hujung entah dimana pangkal tiba-tiba kena tengking kena herdik!

Entahlah. Menangis sampai bengkak mata. Geram. Egokah dia? Keras hatinya umpa kerikil. Aku tak mampu. Aku tewas sebelum berjuang. Takut andai aku tersalah langkah tersalah kata. Segalanya pasti akan menjadi lebih ribut!


8 Rider Beraksi:

Kerja-Andai Rezeki Masih Milikku

10:43 PG JunAina 17 Comments

Hari ini jalan dari Kajang agak lenggang biasanya jalan akan sesak terutama menuju ke Putrajaya agaknya masing-masing sudah mengambil cuti awal sempena cuti sekolah dan kebetulan pulak esok cuti umum. Masuk Kuala Lumpur seperti biasalah jalan tetap sesak tapi kesesakan yang biasanya bermula selepas Tol Sungai Besi sedikit berkurangan.

Electrical Dept. sejak petang semalam dah kecoh. Hangat. Tegang. Selepas management briefing from COO agak lewat petang selected staff dapat satu email dari Dept Manager. Aina kat atas memang tak tahu apa-apa sehinggalah salah seorang kawan di dept. floor telefon tanya dapat tak email dari bos. Sebab tak ada jadinya untuk batch akhir ini Aina masih selamat kat sini. Alhamdulillah syukur ku panjatkan untukmu Ilahi, sekurang-kurangnya buat sementara waktu ini Aina tak perlu risau sangat. Insyaallah ini akan jadi yang terakhir andai ada projek masuk sebulan dua lagi.

22 orang staff elect sama ada menjadi mangsa keadaan dan ada juga yang menawarkan diri. Faktor umur dan lamanya perkhidmatan antara penyebab mereka menawarkan diri. Setahun dua sebelum mencapai umur pesaraan adalah lebih baik mereka menerima tawaran ini dengan bayaran pampasan yang sepatutnya dari bersara tanpa apa-apa, masa tu yang ada cuma KWSP. Sekiranya 20 tahun berkhidmat dengan pampasan setahun untuk sebulan gaji dan gaji pulak Rm12k dia akan mendapat Rm240k. Janji bos pula sekiranya ada projek selepas ini mereka akan ditawarkan sebagai kontrak staff. Bagi yang menjadi mangsa keadaan sebagai kawan semua orang tumpang bersedih kerana semua ada komitment masing-masing. Bujang atau berkahwin serta berkeluarga masing-masing ada tanggungjawab.

Senarai nama sudah keluar tetapi surat butirannya secara rasmi hanya minggu depan akan diagih-agihkan oleh pihak management. Selagi tiada surat hitam putih selagi itulah mereka yang masuk dalam senarai tidak akan mengetahui jumlah sebenar pampasan yang mereka akan terima. Bukan bererti yang tinggal boleh duduk goyang kaki cuma merasa sedikit selesa kerana tidak lagi tertanya-tanya. Sekarang adalah masa untuk bekerja keras. Beusaha supaya mendapat kepercayaan orang sekeliling tentang kebolehan dan keupayaan kita dalam melakukan kerja terutama sekali tentulah bos. Jangan juga nanti Lead Engineer yang handle projek berbunyi dengan cara kerja dan disiplin kita.

Pemilihan kali ini bukan lagi bergantung kepada last come first out, kami tertanya-tanya apa faktor yang diguna pakai oleh manager dan management kali ini kerana ada staff yang sudah lama berkhidmat turut tersenarai sedangkan yang setahun dua berkhidmat masih kekal. Paling penting sekarang masing-masing perlu menjaga prestasi.

Sekali lagi syukur alhamdulillah. Rezeki masih di sini sehingga satu saat yang tak pasti. Selagi itu khidmat terbaik akan diberi dalam mencari berkatnya rezeki. Hari ini tersangat sibuk selepas berbulan-bulan goyang kaki. Ada 25 keping drawing perlu di submit dan masih banyak contengan merah yang perlu di perbetulkan. Selamat berjuang.


17 Rider Beraksi:

Ibu Zaman Sekarang

8:36 PG JunAina 22 Comments

Entahlah apa nak jadi dengan dunia sekarang.
Mata kita melihat, telinga kita mendengar kadang-kadang cerita baik ada jugak cerita buruk.
Hati mudah tersentuh dengan khabar suka.
Jiwa mudah lara denga khabar duka.
Air mata tanpa silu mula menyapa.


Rupanya masih ada si ibu tiri seperti zaman Si Bawang Putih dan Bawang Merah.
Terjebak seketika dalam keributan memasak petang semalam.
Babak si ibu tiri yang memarahi anak tiri dengan kata-kata kesat dalam drama Teduhan Kasih di TV3.
Terkedu. Setiap kisah itu pasti digarap dari reliti kehidupan.
Realiti yang perit buat si anak tiri. Kasihan.


Kisah si Afiq Muiz dan ibunya jugak amat mengejutkan.
Ini bukan lagi sengketa si tiri tetapi sengketa sedarah.
Tak tercapai dek akal bila seorang ibu sanggup berkelakuan begitu terhadap anaknya.
Juga tak terucap kesalnya bila anak turut melompat dengan tindakan si ibu.
Subhanallah. Moga kedua-duanya akan mendapat petunjuk dari Allah s.w.t.
Ibu dan anak ikatan yang tiada sempadan.
Realiti yang selalu kita telan si bu akan tetap mempertahankan anak dalam apa juga keadaan.
Walaupun anaknya seorang penagih, perompak atau penyamun sekalipun air mata dia tetap menitis mendoakan yang terbaik buat anak. Mulutnya juga ringan mempertahankan anak.

Kutiplah pedoman dari kehidupan orang lain, pengalaman mereka mungkin akan lebih mendewasakan kita. Bukan semua kisah duka berakhir juga dengan airmata, bukan juga semua kisah suka berakhir dengan tawa. Ada kala kita di uji. Ujian ini menjadi pengukur kesabaran dan keimanan semoga kita mampu lalui ujian dengan menggunakan akal dengan menetapkan keimanan.

Bisikbisik : Pukul 11am nanti saya ada "All Staff- Internal communications sessions -Management" for my dept. Doakan yang terbaik buat Aina moga-moga tidak ada dalam senarai penerima surat untuk hari ini dan bulan-bulan seterusnya.


22 Rider Beraksi:

Nur Mu Tenangkan Hati

2:45 PTG JunAina 9 Comments

Memulakan sesuatu yang baik adalah sangat berat untuk pertama kalinya.
Kita lebih mementingkan kerja-kerja yang bakal tertangguh kerananya.
Bimbang kepada benda-benda yang tidak perlu.
Tak kurang bisikan syaitan yang melemahkan hati insan.
Kita lupa pada kemanisan janji-janji Allah s.w.t.
Janji-janji yang pasti.

Alhamdulillah.
Seminggu ini semua itu berjaya dilawan.
Semakin terasa kemanisan berjemaah.
Hati menjadi tenang dan setiap kali azan berkumandang
kaki kuhayun laju menju ke surau.
Ketepikan sementara urusan dunia.
Bersegeralah mengingati dan menunaikan hakNya.
Moga semua ini akan kekal.

Bersyukur padamu Ya-Allah
memberiku teman-teman yang sentiasa
rapat denganMu.
Membuat aku malu sendiri lantas ingin mejadi seperti mereka.
Mendahulukan hakMu berbanding urusan dunia.


9 Rider Beraksi:

Pemanggang Ajaib Happy Call In The House

8:54 PG JunAina 9 Comments

Hari tu Aina ada oder 'Pemanggang Ajaib Happy Call' melalui dalam talian ceritanya kat sini. Katanya penghantaran mengambil masa 15-30 hari jadi sabarlah menunggu. Tiba-tiba hari Jumaat lepas penyambut tetamu kat pejabat telefon mintak ambik barang kat tingkat 18. Uikss...laju pulak sampainya.

Inilah dia barangnya yang ditunggu. Bawak balik hari yang sama jugak heret naik komuter nasib baik tak berat sangat tapi berpeluh tiak jugak le jalan dari Dang Wangi ke Stesyen Komuter Bank Negara sambil-sambil tu sempat jugak tawaf SOGO seround. Kata kawan ada mambercard sale tapi bila pergi SOGO macam biasa ja, nasib baik Aina nak buat kecoh kat blog kalau tak mau ada yang hangin. Tipah tertipu rupanya.

Gelojoh nau, kat pejabat terus bukak. Kena check jugaklah mana tahu rosak ke kan susah. Sila abaikan meja saya yang sangat bersepah.

 Ambik ko! Sekali buka buku panduan tu semua tulis bahasa ibuda depa Bahasa Korea! Sepatah haram pun tak faham. Lepas ni harus belajar bahasa Korea. Hanya mampu pandang gambar jelah.

 Balik rumah gigih perap 'lamb shoulder' yang ada dalam peti ais. Terus guna pulak tu, tak menyabar. Barang baru haruslah trykan. Overall ok tapi kalau bakar dalam pemanggang ajaib ni daging tu sedikit kering berbanding bakar dalam pan biasa. Rasanya walaupun dapur melekit selesa guna pan biasa lagi best kot tapi mungkin ini percubaan pertama belum serasi.

Resepi Perap Kambing.

Bawang putih
Halia
Sos tiram.
Lada hitam (pilihan Aina tak letak)

Tumbuk bawang putih dan halia. Semua bahan lumur pada 'lamb shoulder' dan perap 4-5jam. Aina tak perap pun lumur je terus masuk pan. Makan dengan baki 'black papper sos' yang buat minggu lepas. Minggu ni tak ada kentang putar mahupun salad coz makan dengan nasi.

Pesanan buat Dr.Singa eloklah tak beli pun nanti tambah koleksi perhiasan kat dapo lak...kahkahkahkahhhh... Belum dapat excited dah dapat rasa inilah kehendak bukan keperluan (tepuk dahi).


9 Rider Beraksi:

Bekam

4:14 PTG JunAina 9 Comments

Bekam adalah salah satu cara yang dilakukan untuk mengeluarkan toksin di dalam badan. Terapi ini telah diakui sejak abad ke-20. Bekam juga pernah diamalkan oleh Rasullullah s.a.w dan para sahabat baginda dan baik untuk perawatan dan pencegahan.

Sejak Aina mengalami sakit belikat 3 bulan yang lalu (sebenarnya ia adalah sindrome sakit bahu) sudah bermacam-macam cara untuk memulihkannya telah dibuat. Mengurut adalah salah satu caranya. Bertungku ditempat yang sakit. Tuam menggunakan ais telah mengurangkan gejala sakit belikat tersebut tetapi masih perlu berhati-hati. Perlu mejaga posisi ketika tidur supaya tidak menindih bahgian belikat yang sakit. Aina juga berpantang makan benda-benda berangin dan sejuk.

Membaca tentang bekam hati seolah-olah tertarik ingin mencuba. Manalah tahu dengan kaedah ini akan dapat membantu meningkatkan kesihatan tubuh badan terutamanya sakit belikat yang dialami. Nampak mengerikan tetapi andainya untuk kebaikan tidak salah mencuba rasanya.

"Pen lenset akan ditusukkan pada titik tubuh. Berapa banyak yang diperlukan bergantung pada jenis penyakit yang ingin dirawat".

"Bekam juga dapat menyembuhkan gangguan makhluk halus atau jin yang masuk ketubuh manusia melalui salur darah".

Info :

1. Darah kotor yang keluar dari tusukan jarum bekam ialah darah kotor yang mengandungi toksin dan juga unsur gangguan jin. Selepas berbekam kita akan terasa segar dan bertenaga kerana badan menjadi ringan akibat pengeluaran toksin daripada badan.

2. Tusukan jarum bekam pada titik tertentu akan meningkatkan hormom regenerasi sel. Ia bertindak untuk memperbaiki fungsi organ tubuh dengan cara memperbaiki jaringan dan sel yang ada padanya sehingga berfungsi dan sihat kembali.

3. Apabila berbekam secara tidak langsung akan meningkatkan sistem antibodi tubuh. Organ tubuh akan mengalami infeksi kuman penyakit dapat sembuh secara automatik kerana tubuh mengeluarkan zat antibodi yang mampu membunuh kuman penyakit yang merbahaya. Jika organ tubuh sudah bebas daripada sebarang infeksi penyakit makan tubuh pun akan sihat kembali seperti biasa.

Artikel asal : MIDI Ogos 2012.







9 Rider Beraksi:

Kad Hari Ibu-Maafkan Mama

8:57 PG JunAina 13 Comments

Balik kerja hari Khamis sudah melewati waktu Magrib, tergesa-gesa untuk mandi dan solat. Terpandang sekeping surat di atas meja makan, angkat serta belek tulisan tangan yang tertera. Siapa pula yang menghantar surat ni? Mengagak tulisan tangan kakak mungkin. Hari ibu baru berlalu Ahad lepas, kakak pula sudah menghantar pesanan ringkas sempena hari ibu Ahad lalu. Hairan tapi mulut tetap gatal.

'Mama dapat surat. Anak yang jauh juga ingatkan mama. Anak yang dekat ni buat tak tahu sahaja. Anak lelaki tak perihatin langsung'. Abah senyum ja, anak kesayangan bagi mama surat mau tak kembang kempis hati abah. Masa tu adik buat muka donno tengok tv, abang pula tengah solat magrib.

Buka je surat. Baca. Bergenang air mata mama.

Surat ditujukan buat mama. Di pos, puas direnung setem dah cop pos dari mana tapi tak dapat dikesan. Akhirnya buka jelah apa pula nak main agak-agak surat sendiri.

Buka je nampak kad ni, mama senyum lebar. Alhamdulillah anak-anak mama ingatkan mama jugak. Walaupun hanya kad yang di buat sendiri.

Akhirnya mama terkedu, ingatkan kad dari kakak Hayani rupanya dari abang Iqbal. Kesian abang coz sebelum tu mama kata anak-anak kat rumah semua tak ingat mama kakak yang jauh pulak yang ingat. Paling tersentuh tulisan dalam kad ni, mama boleh menangis. 

'Assalamualaikum ibu tercinta Junaina Abdullah. 
Abang ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu. 
Walaupun kad ini tidak bernilai tapi abang bagi kad ini secara ikhlas. 
Abang ingin meminta maaf di atas kesalahan dan dosa kepada mama. 
Abang sedar abang tidak bagus untuk menjadi abang yang baik tetapi abang akan cuba memperbaiki.'

Kepada : Mama
Daripada : Iqbal Hadi

Oh! anak. Kad itu memang langsung tidak bernilai di mata orang lain tetapi kad itu dan segala ingatan kamu itu berada tempat yang teratas di hati mama. Maafkan mama kerana selama ini terlalu meletakkan harapan yang tinggi supaya menjadi abang yang bertanggungjawab pada adik-adik, anak yang bertanggungjawab pada mama. Maafkan mama juga kerana pernah mengatakan anak lelaki tak pernah perihatin tentang perasaan mama.

Terima kasih buat abang yang sanggup bersusah payah membuat kad untuk mama dan meminta cikgu di sekolah poskan. Usaha abang itu sangat menyentuh perasaan mama. Doa mama anak-anak mama akan menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat.


13 Rider Beraksi:

Pilihanraya Dah Habis YB Sebelah Aku Masih Berkempen

9:40 PG JunAina 23 Comments

Subhanallah. Pagi-pagi Jumaat ni mau ja aku sound orang.
Kalau tak mengenangkan dia ni lagi tua dari aku dan layak dipanggil pak cik, ringan dah mulut ni. Kalau setakat bebudak satu team yang lain memang aku dah tembak sampai tak boleh bangun.
Pagi Jumaat yang mendung, cuaca sejuk. Bertasbihlah. Bercakaplah benda-benda baik.

Tidak meletakkan siapa yang dia sokong tetapi kita yang mendengar rasa tidak selesa. Kenapa perlu memburukkan orang dan menafikan kebaikan yang orang buat. Bukankah setiap perbuatan kita hanya Allah s.w.t yang layak menilainya.

Cerita-cerita:

1. UMNO tak guna masih terima Sharizat. Dulu kalah pilihanraya lantik jadi senator, jadi jugak menteri. Lepas ni dia makan lembu hari-hari. Muka pun dah macam muka lembu. Korang tengok ada satu kartun tu dilukis muka Sharizat macam lembu.

Cuma nak kata anak jadi penagih dadah, jadi penyamun, jadi penyangak salah mak bapak kah?

2. Satu budak ni bagitahu Mukhriz imamkan solat hajat untuk doakan kesihatan Azizan (rasanya Mukhriz bukan menjadi imam hanya sama-sama menonaikan solat hajat berjemaah). Dia boleh kata 'Dia sembanhyang baca dalam Bahasa Inggeris la tu. Semua tu berlakon ja. Haprak semua tu. Dia dengan bapak dia sama ja.

Apa kuasa kita sampai macam tu kita nak nilai pengetahuan orang tentang agama, ikhlas orang terhadap apa yang dia lakukan. Bukankah setiap apa yang kita lakukan hanya Allah s.w.t juga yang lebih mengetahui.

3. Menteri-menteri kabinet tu semua diperbodohkan ja oleh Najib. Semua bodoh.

Kalau dah semua bodoh siapa pulak yang pandai?

4. Masa pilihanraya dulu tu negeri-negeri lain PR kalah sebab kurang perhatian. Penang, Selangor, Kelantan tu lebih perhatian sebab tu menang. Lagipun masa pilihanraya tu PR tak cukup pemerhati nak pantau semua tu. Orang-orang BN haram jadah tu ramai ja berkeliaran.

Tempat Aina mengundi setiap saluran ada dua orang petugas setiap parti bertanding duduk di meja dan check nama setiap pengundi yang disebut dan tanda. Tak termasuk lagi petugas-petugas diluar yang menggunakan tanda nama khas sebagai petugas. Tak cukup lagikah? Hari mengundi jugak ramai juga petugas mengenakan t-shirt hijau seragam tanpa lambang parti.

Biasanya bila mereka buka bab politik Aina akan bangun dan pergi ketempat lain. Rasa bahu tak mampu nak menanggung beban. Biarlah mereka dengan keseronokan memaki hamun dan bercerita keburukan orang. Ada juga tukang dengar dan tukang tumpang gelak jadinya semakin seronoklah dia bercerita. Bagi Aina siapa sahaja yang kita sokong janganlah sampai kita meletakkan siapa yang kita tak sokong dibawah tapak kaki kita. Sesama Islam bantu membantulah.

Psttt...agaknya kita mengata-ngata orang, kita maki hamun orang dibelakang kita kena minta maaf tak? Dosa dengan Allah s.w.t boleh minta ampun dengan Allah, dosa sesama manusia cam ner cerita?

Nak baca cerita best pergi kat sini rumah Pak Ngah Al-Lavendari.

Ini bukanlah entri tentang politik!

23 Rider Beraksi:

Tak Mau Kena Marah Telefon Mama-Selamat Hari Guru

4:08 PTG JunAina 7 Comments

7.00am - Mama merempit tapi kat belakanglah abah bawak moto.

9.30am - Teringat telefon bimbit dalam beg. Ya ampun 3 panggilan tak berjawab dari dak pompuan tu jam 7.45am, bila call tak berangkat dia pun smslah berbunyi 'Mama tolong call mak tok...habaq kat dy bli 3 hadiah kt cikgu pstu sruh balut skali tau...' (ayat budak zaman sekarang nasib baik mak faham).

Mama pun telefon mak tok bagitau kehendak cucu, katanya dah sembang semalam tapi tak ada kata putus. Cucu minta belikan mug tapi mak tok kata beli coklat coz nanti mug tu mesti cikgu dapat banyak dah. Pas tu mak tok kata petang sikitlah baru dia nak pergi beli.

10.45am telefon bimbit mama bunyi lagi. 'Mama dah habaq kat mak tok ke? Tak hantaq pun lagi, semua orang dok tengah bagi hadiah kat cikgu ni' suara marah + merajuk. Sabar jelah anak. Mama ni kat KL mak tok tu dari sekolah nampak rumah, kenapalah tak call mak tok je.

Mama call mak tok bagitau kehendak cucu yang nak hadiah dan-dan tu jugak. Pas tu letak telefon. Pukul 11.45am call mak balik katanya kat rumah.
'Hah...! Mak tak pi beli hadiah kat kakak ke?'.
'Dah balik la ni lepas Kak Yang telefon mak teruih pi hantaq'
'Satnya pi mak beli di mana'
'Guna apa yang ada di rumah ja. Mangkuk kecik yang mak dapat masa pi tahlil rumah YB Mastika dulu tu ada, dalam kotak cantik dah. Tak payah nak balut. Bagi ja yang tu. Bagi tiga mak ada simpan lagi satu sebagai kenangan.
Mak sampai sekolah jalan pi kelas dak pompuan dari jauh dia nampak mak tok dia pun berlari sambil senyum. Pi kat motor Pak Usu tengok barang yang dibawa makin lebar senyumnya sampai telinga. Cantikkknyaaa...mak tok.'

Ini mungkin salah satu sebab kakak nak sangat sekolah kat kampung. Terlupa buku ada orang hantarkan, sambung sekolah sampai petang nanti mak tok hantarkan selipar, hantar bekal, hantar air sebotol besar. Tiba-tiba ada buku hendak dibeli dan-dan tu mak tok hantarkan duit. Merajuk-merajuk nak baju mak tok belikan. Petang-petang boleh kayuh gerek keliling kampung. Kalau dok dengan mama macam mana nak layan sekolah kat Kajang mama kerja kat KL, mau semput kalau nak ulang alik kerana sebuah buku. Mama selalu banyak alasan kalau kakak nak beli barang, yelah seorang beli mesti ketiga-tiga hendak.

Selamat Hari Guru buat semua guru-guru. Jasa kalian mendidik tak terbalas. Sekarang ramai pulak kawan-kawan yang jadi cikgu dan mendidik anak Aina pulak. Buat cikgu Hashim Ismail yang sentaisa berlegar di FBku Terima Kasih Cikgu kerana sehingga kini masih terus mendidikku dengan kata-kata motivasi darimu.


Rasa seperti ingin mencari kelainan untuk Fathers Day. Teringin pulak tengok Jelly Kek yang ceria ini kalau ada yang tergoda silahlah ke sini. Tawaran dari Groupon Rm38 instead of Rm68 ditanggung halal. Teringin sebab hari-hari lalu Pavillion bolehlah singgah dan ambik je tapi kat Puchong dan 1 Utama ada jugak Q Jelly Bakery ni.


7 Rider Beraksi:

Semangat Yang Hilang

9:47 PG JunAina 17 Comments

Semangat dalam diri sentiasa turun naik tapi biasanya banyak turun dari naik. Motivasi diri tu penting tak kiralah dari siapa pun. Membaca juga boleh memotivasikan diri, kalau dak layu je. Turun naik turun naik akhirnya semangat tu tak naik-naik mati kat situ sahaja. Ini cakap pasal diri sendirilah. Orang lain tak tau, bergantung pada tuan punya badan.

Hari tu semangat berputar 360 darjah, semangat nak masak coz selalu fikir kesiankan anak-anak. Sarapan tiap-tiap hari beli, mak sibuk kerja dan paling besar penyakit 'm' untuk bangun awal pagi. Seminggu memasak tiap-tiap hari itupun masak sambal banyak-banyak masuk peti ais, hari ni cedok panaskan masuk sotong, esok goreng ayam jadilah sambal ayam lusanya masuk telur. Banyak senang lagipun sambal menjadi kegemaran anak-anak. Bila balik tengok nasi tak bersentuh, rasa down. Tabiat mereka sarapan pukul 10 pagi nak pergi sekolah tak makan dah coz dua-duanya sekolah petang. Makin layu bila adik (penjaga anak-anak bila mama kerja) balik dari bercuti selama seminggu kat kampung, dah ada tempat mengharap langsung tak masak-masak sampai hari ni.

Pagi ini sarapan sandwich tuna dan keju, tiba-tiba semangat nak bawak bekal untuk sarapan timbul. Boleh jugak sediakan sarapan mudah untuk anak-anak. Masalahnya anak-anak suka makanan berat pagi-pagi selalunya nasi lemak dan roti canai, tak apa pelan-pelanlah. Jangan semangat ni pun hilang bila anak-anak biarkan sandwich tak bersentuh atas meja. Alasan lagi!

Sejak keguguran dulu mak kirimkan banyak makanan tambahan berasakan gamat dan juga spirulina. Walaupun usia anak dah bau-bau 40 tahun mak masih mengambil berat soal kesihatan anak, itulah istimewa seorang mak. Dua jenis sebelum makan dan dua jenis lagi selepas makan. Kadang-kadang terbabas jugak tapi sebab tak nak kena soal bila mak datang dan buka peti ais benda tu masih banyak gagahkan diri jugaklah makan. Harap semangat ini tak akan lunturlah demi kesihatan diri.

Salah satu cara untuk memotivasikan diri yang boleh diamalkan. Tulis kata-kata semangat dengan kemas dan cantik paling senang guna komputer sahaja letak gambar cantik-cantik dan print. Lekatkan di workstation untuk memberi semangat ditempat kerja, gantungkan kata-kata hikmah dirumah, boleh letakkan yang sudah diframe cantik. Boleh juga susun frame kecik-kecik atas peti ais atau kat mana juga kita senang lihat. Moga dengan cara itu semangat kita tak mudah hilang.

Tayang-tayang lauk yang entah bila, ini saya masak sendiri namanya lauk orang malas.

**Pesanan buat PCL. Aina tak boleh nak komen di blog awak seminggu ni ye, mana-mana blog yang guna komen box cam tu semua tak boleh.

17 Rider Beraksi:

Bila Dah Tak Bekerja

6:08 PTG JunAina 19 Comments

Pukul 5pm berlari ke lif tekan anak panah ke atas. Sesaat, dua saat jadi seminit. Arghhh...waktu puncak semua orang berebut lif, nak balik. Pukul 5 tepat kesesakan kat jalan belum berada ditahap kritikal. Lif berhenti, terus naik ke tingkat 17. Punch masuk terus masuk surau ambik telekung dan solat. Wudhu ambik siap-siap kat tingkat 13, hari ini pakai tudung pusing-pusing susah sikit nak ambik wuduk kat tempat wuduk wanita.

Siap solat dan berdoa laju-laju keluar dari surau, laju-laju punch out dan laju-laju kejar lif yang dah warning 'going down'. Masuk je alamak! Huishhhh...terpaksa jugak senyum walaupun dah tak manis. Time nilah nak jumpa Manager (Elektrikal Boslah). Selalu Aina borak-borak juga berbahasa-basi, borak-borak kosong tapi kali ini tengok muka bos pun hati dah dup-dap dup-dap. Bos pun undur je kebelakang takut agaknya dapat soalan cepu mas. Nasib baik lif laju je sampai tingkat 13. Phewwww...lega!

Gossipping (memang cerita benar pun). 300 keping surat sudah siap dimasukkan ke dalam sampul. Tunggu masa sahaja untuk diberi kepada tuan empunya badan. Aina tak ambik pusing sangat tapi bila kawan-kawan telefon dok tanya hati tu sedikit sebanyak resah jugak. Setiap kali telefon berbunyi dengan nada internal call malas rasanya nak angkat, takut pun ada takut bos atau secretary bos yang call.
Nervous tau!

Aina dah semat kukuh dalam hati. Setiap perancangan Allah itu adalah yang terbaik buat Aina. Walaupun berat Aina akan belajar redza, pada permulaan memang sukar bila dah lama insyaallah boleh terima dan mungkin Allah akan bagi yang lebih manis. Aina kalau dapat nak elakkan bercakap tentang perkara ini dengan kawan-kawan sebab itu bila pergi surau laju-laju Aina turun, kat workstation pun Aina banyak duduk diam-diam mengadap komputer ja, ada kerja buat tak ada kerja baca apa yang dapat kat internet. Kalau bab pergi makan pula dari dulu Aina memang jenis lone ranger tak gaduh-gaduh nak bergayut dengan kawan-kawan jadi tak dak isu yg timbul.

Aina berfikir-fikir jugak kalaulah rezeki Aina hanya setakat ni sahaja dengan syarikat ini apa Aina nak buat sementara menunggu untuk dapat kerja lain. Kalau boleh tak mahulah keluar dari bidang sekarang tetapi sementara nak dapat tawaran tu nak buat apa. Insyaallah kalau ikut yang sebelum ini pekerja tetap akan dibayar pampasan mengikut tahun perkhidmatan tetapi tidak bagi pekerja kontrak. Bermakna Aina akan ada sedikit bekalan 6 tahun berkhidmat dan 3 bulan notis (yang notis ni kena tengok surat tawaran kerja kerana masa Aina masuk 3 bulan tetapi selepas itu company dah kurangkan jadi sebulan sahaja). Jumlahnya 9 bulan gaji Aina akan dapat.

Memerah otak mencari idea apa yang hendak dibuat sebelum tabung yang 9 bulan tu menyusut. Kalau dapat kerja di syarikat lain alhamdulillah kalau tak mungkin akan cari kerja sementara yang boleh menampung sedikit perbelanjaan untuk membayar segala hutang. Terfikir sudah bila tak dapat masuk bidang yang sama dan gaji semakin mengecil penyelesaian terbaik mengadaplah AKPK bila mana pendapatan tidak lagi mampu menapung segala hutang yang ada. Mengelak dari diistihar muflis. Lain kalilah Aina cerita bab AKPK ini.

Kalau kita susah ada lagi orang lain yang lebih susah! Cumanya sekarang ni pelan-pelan nak cari penyelesaian yang sedikit sebanyak dapat membantu dari segi keewangan. Besar periuk besar juga keraknya! Bila periuk mengecik tapi kerak tetap macam tu apa nak buat? Huh...!


19 Rider Beraksi:

Medical Card

8:18 PG JunAina 34 Comments

Insuran kesihatan atau kita lebih mudah menyebutnya sebagai medical card kerana ini akan memberi pemahaman yang lebih tepat kepada orang sekeliling.

Medical card antara menjadi keperluan pada zaman sekarang. Bagi ibu-bapa yang perihatin lahir sahaja seorang anak mereka akan menyediakan medical card untuk bayi mereka. Medical card memberi pilihan kedua kepada ibu bapa untuk memberi yang terbaik buat anak-anak. Ianya bukan sekadar trend .

Di Malaysia terdapat banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini. Buatlah sedikit kajian sebelum membuat keputusan untuk memilih syarikat mana yang akan digunakan. Membuang masa sedikit untuk mencari info bukanlah satu kerugian. Buatlah perbandingan tawaran faedah yang diberikan. Lihatlah juga pengalaman orang lain ketika menggunakan khidmat syarikat tersebut. Banyak nama-nama besar yang menawarkan perkhidmatan ini tetapi tidak semestinya nama yang 'gah' akan memberikan perkhidmatan terbaik.

Agen juga sangat penting. Ada agen yang melakukan separuh masa ada juga yang melakukan sepenuh masa. Biasanya agen sepenuh masa lebih bertanggungjawab kerana mereka tiada komitment lain tetapi agen separuh masa juga tidak kurang perkhidmatam mereka. Bijaklah memilih supaya suatu hari masalah yang timbul tidak berbalik kepada kita. Baca dengan teliti juga setiap tawaran dan faedah yang di berikan. Jangan bila terhantuk baru hendak tergandah.

Itu bagi kita penduduk di bandar mungkin juga bagi yang berpendapatan tetap, ada juga yang berpendapatan tetap tidak mampu untuk menyediakan kemudahan ini buat diri sendiri mahupun anak-anak. Apatah lagi bila kita bercerita penduduk luar bandar yang kerjanya sebagai petani, nelayan atau membuat kerja-kerja kampung. Bagaimana pula bagi seorang tukang cuci, pemandu teksi mahupun yang hanya bekerja hanya sekadar dapat untuk menyara kehidupan seharian.

Kebanyakannya akan memilih klinik atau hospital kerajaan. Tiada pilihan. Alhamdulillah di Malaysia rakyat hanya perlu membayar Rm1 untuk mendapat rawatan pesakit luar dan bayaran paling minimum untuk rawatan yang memerlukan pemerhatian lanjut atau di masukkan ke wad dan hanya dibayar selepas menerima rawatan. Hanya itulah pilihan yang ada bagi masyarakat luar bandar yang tidak berkemampuan.

Bagi kita mungkin kita mampu menyediakan medical card tetapi ramai juga antara kita yang berkerja masih tidak mampu kearah itu. Kalau kita mampu pandanglah mungkin adik, kakak, abang, emak/bapa saudara, sepupu mahupun jiran-jiran yang tinggal di luar bandar yang tidak mampu kearah itu.

Satu kenyataan yang pernah di baca rakyat Singapura perlu membayar SGD100 untuk mendapatkan rawatan di bahagian kecemasan hospital kerajaan mereka, bukan hospital swasta. Di Vietnam juga serupa untuk mendapat rawatan dengan dimasukkan ke wad mereka perlu meyediakan USD500, sekiranya tidak mereka tidak akan dilayan dan dibiarkan begitu sahaja. Kedua-duanya adalah pengakuan rakyatnya sendiri.

Kesedaran perlu ada pada setiap orang tentang medical card ini tetapi kesedaran sahaja adakah cukup tanpa adanya kemampuan?

34 Rider Beraksi:

Ulser

2:59 PTG JunAina 12 Comments

Seminggu rasa macam tekak tak selesa tapi tak pasti sama sakit tekak atau cuma rasa tak selesa. Semalam kelenjar kat bahagian leher mula rasa seperti membengkak, perasaan yang sangat-sangat tak selesa. Masa yang sama juga kiri serta kanan lidah mula terasa sakit. Nampak gayanya ulser sudah menyerang. Bermakna rasa sakit di bahagian tekak jugak di akibatkan oleh ulser.

Pukul 10 pagi pergi jumpa doktor. Rasa nak makan susah, nak minum air pun terasa sakit sahaja. Doktor kata kiri serta kanan lidah tu ulser sah start membesar, tekak dah mula merah tapi kat tekak tu belum naik putih-putih. Menurut kajian ulser berpunca daripada tindakbalas jangkitan bakteria, virus dan fungus. Bagi Aina ini mungkin juga faktor keturunan kerana mak pun selalu jadi ulser kat mulut dia.

Doktor hanya bagi antibiotik dan nasihatkan minum air lebih. Hari ni 1 liter air telah habis diminum. Kejap lagi nak tambah liter yang kedua. Bagai di kata bila dah kena ulser minum le sebanyak mana airpun sakit tu tak akan hilang dengan kadar segera, masih ambil masa. Bersabarlah. Selalunya bila masa makan Aina akan sapu 'bonjela' untuk kurangkan kesakitan ketika lidah bergesel dengan makanan. 'Bonjela' akan membuatkan lidah kita terasa kebas. Lepas tu makan puas-puas.

Petua orang kampung pula bila terkena ulser rajin-rajinlah berkumur dengan air garam. Letak mentega juga boleh. Satu lagi kalau di kampung ada pokok geti (tak pasti orang KL panggil apa rasanya turi kot), ambik kulit pokok geti dan letak kat tempat yang jadi ulser. Kena tahanlah kerana ianya sedikit pedih. Daun rokok jugak boleh di gunakan. Daun rokok yang dibuat dari pucuk nipah ok. Ada rasa kelatnya mungkin sedikit sebanyak membantu mempercepatkan ulser tu mengecut.

Cepatlah lega wahai ulser. Bila dah kena seminggu dua jugak le kena tahan hazabnya. Kebersihan mulut tu penting jadi jangan amalkan malas berus gigi bila nak tido!


12 Rider Beraksi:

Pemanggang Ajaib Happy Call

8:16 PG JunAina 15 Comments


Orang lain dah lama beli Aina baru terhegeh-hegeh. Meletup di pasaran sejak sekian lama dah pemanggang ajaib ni. Sebenarnya function pan ni lebih kurang pressure cooker jelah. Mempercepatkan urusan bakar-membakar.

Sebenarnya banyak brand ada HIG (Haji Ismail Group) dari Langkawi. Agak le kan semata nak beli benda ni pun nak pergi Langkawi. Kos nak pergi sana pun dah berapa ye tak? Ada jugak AREIKAN dari Syarikat Menang Glassware, ada juga satu brand dari Korea tapi lupa sudah jenamanya dan macam-macam jenama lagilah sila google. Happy Call ni pun made in Korea jugak.

Satu hari tu dalam tenung-tenung komputer kat pejabat ternampak tawaran kat MyDEAL.com.my. Harganya cuma Rm78 termasuk delivery dimana harga asalnya ialah Rm229 (entah ya entah tidak ini harga sebenar). Fikir punya fikir banyak juga penjimatannya. Dua tiga kali fikir grab jugaklah lagipun memang lama dok idam. Jenama lain termasuk potage Rm120++. Kira masih murahlah dengan harga yang MyDeal bagi. Terus isi borang dan buat bayaran. Tak lama kemudian dapat email confirmation, print dan simpan. Penghantaran mengambil masa 15-30 hari. Tak apa Aina sabar menunggu.

Satu yang istimewanya pemanggang ini banyak kegunaannya bukan setakat untuk memanggang ikan, ayam atau daging sahaja. Nak buat kek pun boleh. Agak-agak malas nak keluarkan oven bagai pemanggang ajaib inilah jadi penyelamat. Rujuk chumsyashley nak tengok buat kek guna Happy Call. Lagi banyak menunya kat munchministry (jangan pulak ikut sebiji menu dalam tu coz ada yang non-halal). Nak cuci pun senang coz pan ni jenis non-stick. Masak pun tak ada minyak yang mercik mengotorkan dapur dan mempercepatkan proses memasak. Jadi semakin jimat masa dan jimat tenaga.

Tak sabar nak tunggu benda sampai. Kot-kot lepas ni mak rajin sikit nak memasak.


15 Rider Beraksi:

Sayang Ketat-Ketat - Gathering Geng Anak Perlis

3:53 PTG JunAina 14 Comments



Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan


Kali terakhir jumpa depa dah lupa, lama dulu. Hati tu memang terasa dup-dap dup-dap rindu ke depa. Dendam sunggoh bila lama-lama tak jumpa. Dari kenai-kenai besa-besa sampai rasa macam keluarga sendiri dah. Ukhwah tanpa sempadan bagi anak rantau. Sebelum ni depa ada jugak la berkumpoi di Bukit Dukong tapi Aina tak buleh nak join ada hal lain, redza jelah walau hati ni rasa berat nak jumpa depa.

Dapat undangan dari salah seorang geng, jemput pi rumah yang baru setahun depa duduk. Janji dah lama mungkin kalut dengan urusan jadinya masa ni mungkin baru kelapangan kot. Tumpang gembira dengan rezeki kawan-kawan dari rumah dua tingkat dah pindah ke rumah tiga tingkat dari rumah kiri kanan kongsi dinding dengan orang jadi hanya sebelah dinding yang syer. Rezeki Allah s.w.t buat depa suami isteri.


 Kakak ni bakal terima menantu tak lama lagi, bermakna tak lama lagi kami semua akan meriuhkan rumah depa pulak. Ini buka orang Perlis sebaliknya suami akak ni orang Perlis.

 Geng-geng. Layan dirilah kalau bab makan ni ye. Makanan yang sangat simple tapi yang tak menahanya ada BBQ kambing. Sampai ja teruih rasa meleleh ayaq lioq weh, pekena pulak dengan sos lada hitam buatan akak kat atas tu yang memang terkenal dengan kepandaian memasaknya (memang tukang masak pun).

 Nasi lemak siap bungkus, laksa Perlis, air teh 'o' panas dan air anggunr.

Ini yang buat Aina tak menahan. Dan-dan tu capai pinggan, dan-dan tu ambik kambing dululah. Cedok sos  lada hitam yang 'terangkat' terus ngap-ngap. Ada ayam dan ikan pari jugak.

Sentiasa happy ja orangnya. Psttt...kakak girang tulah rampas kuasa control semua tiga pemanggang yang ada. Tenkiu kak Azie, kami pi makan-makan dan sembang-sembang saja. Baju merah tu tuan rumah, duduk berbaju biru belang hitam tu isteri dia. Terima kasih Anizam dan Wan jemput kami, jangan serik no.

Kebiasannya itulah rutin kami. Berkumpul makan-makan, sembang-sembang, makan lagi, sembang lagi, gelak sakan-sakan. Ukhwah yang terbina hanya melalui alam maya akhirnya di zahirkan ke alam nyata pada sebuah pertemuan demi pertemuan.

Ramai lagi sebenarnya geng-geng jantan kat belakang. Malas nak pi pasainya awai sampai ja terus kena sound. 'Aina hang nak pi buat iklan tang mana nih?' Hamboiii-hamboiii tak berinsurans sunggoh mulut depa, tak buleh la orang nak melaram sikit. Selalu pakai jeans pakai t-shirt pasai kalau berkumpul kami kena buat kerja, kali ni pakai cantik-cantik (sikit je pun) pasai nak makan dan lepak-lepak je.

Tak sabar nak tunggu next gathering, golek kambing bawah pokok moktan.


14 Rider Beraksi:

Salah Cakap Atau Salah Faham

11:47 PG JunAina 12 Comments

Hujung minggu adalah hari mengemas serumah. Rutin bagi semua ibu semestinya. Selain rumah dok belek-belek jugak peti sejuk. Banyak sangat barang kat dalam tu. Ada yang patut dibuang. Sudah sesak sangat dalam tu.

'Abang tolong buka plug peti ais'. Pak Tuan pun dengan ringan tulangnya mematuhi permintaan isteri.

Sambil tu kemas-kemas barang masukkan kembali barang-barang ke dalam peti sejuk sebab dah siap cuci. Banyak beno barangnya. Dari tempoyak, stok belacan, stok ikan kering sampaikan ke gula semua sumbat dalam peti ais kecik tu, almaklumlah kat rumah banyak semut.

Sekali bila bangun. Huuuu mak aiii...elok ja plug peti ais tercabut dan bergayut riang. Tepuk dahi sambil istighfar panjang-panjang.
Nak marah ada hangin satu badan pun ya jugak tapi tiba-tiba terbarai gelak. Lain di suruh lain pulak yang dibuatnya.

'Abah! Mama kata buka plug yang dah ditutup tu bukan cabut plug!'
Sambil gelak bagai nak rak. Haishhh...Aina salah cakapkah atau dia yang salah faham. Lain kali kena cakap omputeh dengan dia nih.
Nasib baik terperasan kalau tidak mahu ke tong sampah segala stok lauk yang ada dibahagian dingin beku.

Last-last dua-dua bantai gelak. Dia kata 'Mama suruh buka abah bukalah!'.
Hayyyoiiiiiii...fenin...

Itulah kita manusia. Kadang-kadang lain yang kita maksudkan lain pulak yang orang faham, niat yang baik pun kadang-kadang disalah ertikan. Kadang-kadang kita pun macam tu lain orang suruh lain pulak yang kita buat, bila jadi macam tu pandai-pandailah selamatkan keadaan. Jangan nak salah sana-salah sini, satu tunjuk orang lagi tiga pusing kat diri sendiri.


12 Rider Beraksi:

Nangka Madu dan Pisang

11:42 PG JunAina 12 Comments

Syukur alhamdulillah pokok-pokok dari kebun nan sekangkang kera Pak Tuan hidup subur. Baru-baru ini mengeluarkan hasil lagi, hasil yang dikongsi bersama jiran tetangga. Sedekah. Banyak dan tak terhabis hendak dimakan. Nangka madu berbuah lebat, sebiji sudah mula berbau cepat-cepat Pak Tuan potong dan bawa balik kalau tidak menjadi habuan orang yang sahaja.

 Buahnya tidaklah besar tetapi baunya memenuhi segenap ruang rumah.

 Sapu minyak di pisau, bentang suratkhabar lama langsung belah buah nangka. Isinya kuning dan rasanya sangat manis. Siap buang empulur, potong-potong sedekah jiran sebelah, sedekah jiran depan, sedekah jiran hujung sinun jugak. Kebetulan siapa yang melintas sedekah sahajalah.

 Ini pula pisang awak (bukan pisang awak punya lah!). Selain di goreng Aina juga buat pengat kegemaran Pak Tuan. Bermangkuk-mangkuk Pak Tuan makan tetapi Aina dan anak-anak tak suka sangat. Selepas diambik dari kebun Pak Tuan sikatkan pisang tu bungkus dalam suratkhabar. Masuk ke dalam plastik untuk di sedekahkan pada jiran.

Ini pulak Gulai Daging Bersama Rebung Madu kalau orang luar kata karilah. Rebung madu ni terkenal kat negeri Perlis. Benih buluh ini Aina bawak balik setahun yang lepas, dah berkali-kali jugaklah dapat ambik rebungnya. Tengahari makan dengan nasi, malamnya cicah roti pulak kalau rajin buat lempeng kelapa pun sedap.

Hari ini hari Jumaat, kejap lagi pukul 12 tengahari dah boleh balik. Si kecik Hikram sudah 3 hari demam tetapi hari ini semakin baik. Risau jugak tiap-tiap bulan demam. Pergi farmasi cari vitamin untuk bantu kuatkan imune badan. Inilah padahnya bila masa baby tak nak menyusu badan.

Khabarnya jugak admin sedang sibuk sampaikan section dia orang dekat tingkat 17 tidak boleh sembarangan masuk. Sebanyak 300 surat telah sedia di taip cuma tunggu sahajalah siapa yang terkena. Bila kali pertama hati menjadi terlalu takut dan riasau kini hanya berserah. Perancangan Allah lagi hebat buat hambanya.


12 Rider Beraksi:

Coklat Beryls

8:12 PG JunAina 25 Comments

1 Mei nan lalu gila coklat kat kilang Coklat Beryls di Bangi. Tahu je ada promosi terus berazam nak pergi sana, pagi-pagi lagi dah ajak adik dan bawak rombongan anak beranak untuk pilih-pilih coklat. Hikram teruja dia ingat boleh tengok orang buat coklat tetapi rupanya hanya tengok Butik Coklat. Hangin satu badan kecik tu.

Masa sampai tu orang belum ramai. Sempatlah kami merasa-rasa sample coklat yang ada.  Tiba-tiba riuh rendah kat luar, rupanya tiga bas rombongan dari mana entahlah sudah tiba. Bayangkanlah dalam ruang sempit tu tiga bas masuk. Oranglah bukan bas! Sekali pusing sample yang bermangkuk-mangkuk tu habislah sudah. OMG! Phewww...berebut-rebut depa dok capai itu ini. Fenin. Kami relax jap bila depa dah habis membeli baru kami buat keputusan akhir nak beli apa dan terus bayar. Gambar-gamabr tengah happening tu tak adalah pulak.

Stok coklat sudah berkurangan pada kunjungan kali kedua, gambar-gambar kunjungan kali pertama kebanyakannya dalam telefon adik. Depa tak refill rupanya.

Kebanyakan yang dalam kotak ni semuanya 50% less ada jugak yang ditempah khas dari Jepun tapi depa jual jugak kat sini tetapi tiada dalam pasaran Malaysia.

Ini hasil tuaian kali pertama. Tak banyak sangat pun. Camior tu 5 kotak Rm9, coklat badam tu Rm12 sebungkus, coklat putih tiramisu dalamnya ada isi badam tu Rm14 sebungkus. Wafer Rm7 memang mahal sikit tetapi berbaloi sangat kerana kaya dengan rasa coklat tapi sangatlah manis rasanya yang ni Hikram suka. Coklat campur-campur sebungkus tu Rm15, macam-macam ada. Coklat dalm balang warna oren tu Rm10.80 dalam dia coklat dengan badam hancur.

Model coklat Beryls tak berbayar.

Sebenarnya Butik Coklat kat kilang Beryls Bangi tu tiap-tiap hari dibuka walaupun tak ada promosi. Terasa nak beli coklat dengan harga sedikit murah berbanding di supermarket pergilah ke sana. Promosi 50% dan 30%  tu pun hanya untuk produk terpilih je pun. Kita ni serbu bagai nak rak, capai itu capai ini dan kadang-kadang tertipu jugak bila harga biasa Rm10.25 pada hari promosi di jualnya Rm10.80 (hampeh betul).

Overall puas hatilah. Coklat bukan makan sampai kenyang just makan sikit-sikit tetapi anak-anaklah yang suka. Sebahagian coklat itu jugak dah hantar ke Perlis untuk dak pompuan tu, suka bukan main dia. Tak sabar dah dia nak tunggu cuti sekolah hujung bulan ni. Mama ikut jelah kehendak anak. Lagipun diakan sorang jelah anak pompuan yg ada (sob...sob...).


25 Rider Beraksi: