Cubaan Pukau Saya Serik-Bahagian 1

10:36 PG JunAina 21 Comments


Jumaat seperti biasa rutin balik kerja 12 tengahari, di sebabkan Pak Tuan bertugas berdekatan seminggu dua ini dia ambik pergi makan tengahari dan selepas solat Jumaat hantar ke Stesen Komuter Bank Negara. Selepas ambik tiket saya terus turun ke bawah seperti biasa mengambil hujung platform di bawah bangunan sebab nak duduk kat last coach, senang nanti keluar dekat dengan pintu keluar Stesen Kajang tak perlu jalan jauh-jauh.


Saya tidak duduk di kerusi terakhir sebaliknya memilih kerusi berhadapn lif tetapi sekitar tu agak gelap sebab bawah bangunan. Leka dengan game di telefon bimbit, saya memang tidak peduli persekitaran, tempat awam apa nak dibimbangkan. Sebelah sana platform berhadapan saya ramai sahaja orang tetapi di sebelah sini memang saya seorang sahaja.


Tak lama seorang lelaki duduk selang satu kerusi dari saya di kanan, sambil-sambil menggoncang botol airnya. Orangnya mungkin sekitar pertengahan 20an.
'Akak kerja ke?'
'Kerja tapi hari ini separuh hari, dah nak balik' saya jawab acuh tak acuh mata tetap melayan telefon di tangan.
'Saya ini nasib baik ada untie tu bagi air'
Saya senyum ja, malas nak layan.
'Segan saya nak mintak tolong orang ni'
Mata saya masih di telefon bimbit.
'Barang saya semua hilang'
'Awak nak pergi mana'
'Nak pergi Sabah'
'Sabah?'
'Saya dari Johor, akak tahu Kepong Sentral?'
"Entah' jawab acuh tak acuh sebab malas nak layan dan dah dapat agak apa tujuan dia.
'Saya bawak kereta semua hilang, saya bukan nak balik Kubang Kerain tapi nak balik KK (fahaman saya mungkin dia nak bagitau dia nak guna duit yang banyak)'
Saya senyum tapi tak pandang dia pun.
'Tak dapat nak balik KK dapat untuk balik JB pun jadilah'
'Awak nak pergi mana sekarang ni?'
'Balik Sabahlah!' suara dia agak meninggi.
'Yelah sekarang ini, naik train pergi mana'
'Nak pergi Bandar Tasik Selatan'
Saya gelak.
'Kenapa akak gelak?' tanya dia agak stress.
Tetiba komuter sampai, penyelamat keadaan. 
'Awak tak ada kawan di KL ke?'
'Tak ada'
Saya bangun, tengok train dan baru saya perasan di kiri saya ada lagi seorang lelaki sedang duduk hanya berselang dua kerusi! Laju-laju saya masuk train dan berjalan tergesa-gesa ke ladies coach. Dapat tempat duduk saya termenung. Ya-Allah bertapa kejamnya aku tak tolong dia. Kesian. Rasa nak patah balik dan hulur sahaja duit yang ada dalam beg. Terkenang kalaulah anak-anak kita atau ahli keluarga kita kena macam tu siapa nak tolong. Saya hanya mampu berdoa andai betul dia di dalam kesusahan Engkau pertemukanlah dia dengan orang yang mampu menolongnya Ya-Allah. Sebelum itu hati saya berbelah bahagi sebab saya cuma ada dua keping duit Rm50 yang saya keluarkan di ATM selepas beli tiket komuter.


Sambungan ke bahagian 2...



You Might Also Like

21 ulasan:

  1. huhu..mmg kesian kalau dia benar benar kehilangan n perlukan duit tapi kita pompuan kn lbh berwaspada..dan berwasangka... sekarang mcm mcm benda dok jadi

    BalasPadam
  2. kak, saya cuma risau part keselamatan akak je baca entry ni.

    BalasPadam
  3. dia dah cuba nak pukau ke? nasib cecepat masuk train.

    BalasPadam
  4. errkkk.. seram lah plak.. huhuhu

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum,
    suspennya!
    bila bahagian ke dua ni?
    dah tak saboooo

    BalasPadam
  6. mmg kena berhati2 selalu..sekarang ni macam2..buat2 cerita sedih tapi nak pow orang..

    BalasPadam
  7. kak jun...
    melalui penceritaan kak jun ni...nak caye pun susah...kl laa betul2 dia mmg ade masalah seperti yg dicakapkan tu, mmm...sian jugak....hurmmm...kite tunggu laa sambungannya....

    BalasPadam
  8. Tak sabar nak tau cerita selanjutnya..akak pun pernah mengalaminya

    BalasPadam
  9. beringat sebelum kenakan lebih baik...
    tuler payahnyerkan sebab banyak kejadian yang kita baca dan dengar...
    memang rasa bersalah tapi tak boleh gak kalau kena susah...

    BalasPadam
  10. Reaksi saya setelah membaca posting ini......beraninya dia.....'speak to strangers'..

    BalasPadam
  11. Hmm...nak tolong kadang2 takut kita terkena

    BalasPadam
  12. berdebar-debar saya baca ni kak , rasa mcm takut especially bila dia dh tinggikan suara

    BalasPadam
  13. ayu baca bahagian 2 dulu td. terbalik.hehe.syukur akak selamat.

    BalasPadam
  14. Takpe Jun..baik kita beringat dahulu, takut juga kena pukau ke apa, maklumlah kita ni perempuan kan. Ada anak kenalan ummi pernah kena pukau bermula dengan perbualan dahulu, abih duit bank dikeluarkan tanpa sedar.

    BalasPadam
  15. seb baik x terjadi apa2 yg x baik kan !

    BalasPadam
  16. kengkdang takleh nak caya sgt dorang sesajer buat citer..

    BalasPadam
  17. Ok mungkin ini cubaan utk memukau atau kes nak menipu.. hati2 yer lepas ni Sis.. wpun leka hp ditangan, benda2 mcm ni kadang2 happened tanpa kita sedari..

    BalasPadam
  18. saya dah baca part 1. jap nak gi part 2 pulak.

    BalasPadam
  19. terus lompat baca part one dulu. now nak jump to part 2 pulak :)

    BalasPadam
  20. Akak jun...kalu ju lah kt tempat akak, ju akan buat yg sama...xkan bg duit...ntah lah manusia sekarang mudah sgt meminta2...bukan kedekut tp nak bg pengajaran bukan semuanya mudah dpt duit dgn hanya meminta...lg satu kalu ju ditempat akak pasti ju akan pandang muka dia...ntah la ju jenis suka eye contact gan org wpun baru berjumpa...harap sgt ju kena hati2..takut kena pukauuuuuu

    BalasPadam
  21. Nak mengena orang tu gamaknya JA....muka nampak baik tak?

    BalasPadam