Slow Learner Sembilu Di Hati

1:57 PTG JunAina 14 Comments


Siapa kita untuk menolak ketentuan Allah, perjalanan hidup atas kehendakNya. Sebagai hamba redhalah ubat hati yang terbaik.


Hati saya bersalut duka bila mengenangkan anak bungsu manakan tidak sehingga Tahun 3 barulah dia mampu membaca, itu pun tidak selancar mana. Sekarang di Tahun 4 tidaklah sangat saya mengharap untuk dia menjadi pandai dapat membaca juga mengira itu sudah baik buat saya.


Sebagai ibu yang berkerja memang memasa menjadi penghalang untuk saya terus duduk tekun bersama dia, selagi ada masa saya akan mencuba. Sedikit sahaja perubahan positif pada diri dia seribu kegembiraan terukir di hati saya. Tak terucap bila dia mampu membaca bait-bait tulisan di televisyen. Bagi orang lain mungkin itu biasa tetapi bagi anak bungsu saya itu adalah luar biasa.


Tahun ini saya berada di syarikat baru yang sedikit menjadi penyebab untuk bapa mengambil rekod pelajaran anak. Sistem band yang sememangnya berbeza dari sistem persekolahan di tahun 70an banyak mengelirukan si bapa. Saya tahu dia sangat kecewa dengan keputusan Hikram tetapi hanya itulah yang terbaik dapat Hikram beri. Juga itulah yang saya hadapi sejak bertahun-tahun dulu tetapi saya tidak menunjukkan kepada mereka apa yang tersirat dihati.


Penerimaan guru juga sangat penting bagi anak-anak slow learner ini. Saya pernah berbincang dengan guru kelas Hikram yang merupakan guru baru di sekolah tersebut dan dia mengakui dapat menjejak kekurangan Hikram pada hari ketiga dia mula mengajar. Cikgu Syarifah Mahfuzah memang seorang yang sangat perihatin. Ada juga antara guru yang mengajar tidak dapat mengesan kekurangan ini malahan apabila ada pertemuan antara ibu-bapa dan guru keluar juga perkataan-perkataan kurang enak di telinga. Saya pernah rasa terhina, terhiris dengan kata-kata sinis seorang guru. Sebagai ibu adakah harus saya berdiam diri?


Tidak ada ibu bapa yang meminta anak mereka dilahirkan dengan kekurangan.


'Lemah! Lemah! Lemah!. Semuanya lemah!'
'Sejarah. Band 1. Paling lemah.'
'Kerja sekolah rekacipta tak berhantar'
'Tak guna belikan iPad sekiranya begini keputusan periksanya'


Saya tahu dia kecewa sangat kecewa. Selama ini saya cuba membantu Hikram, bukan tidak. Saya cuba menjadi ibu terbaik dalam mendidik dia. Cuma Hikram kategori 'slow learner'. Saya faham dia sukar menerima kekurangan itu. Menolak untuk menerima sebenarnya. Pendedahan yang kurang mungkin.


Saya tetap bersyukur kerana punya keluarga yang positif, emak, adik-adik, kakak dan abang yang saling menyokong kekurangan Hikram. Sentiasa memberi semangat ketika saya lelah dan ingin mengaku kalah. Kejayaan bukan sahaja bergantung kepada bijak anak di sekolah kejayaan juga akan datang bila kita pandai mencari peluang. Itulah yang saya pegang tika ini untuk membantu Hikram.


Suatu hari moga kejayaan akan bersama Hikram. Doa ibu akan sentiasa bersama anak-anak. Pesanan buat ibu-bapa juga janganlah di bandingkan antara satu anak dengan anak yang lain. Selagi mampu bantu, bantulah mereka.



14 Rider Beraksi:

Lambaian Ramadhan Lambaian Kenangan

11:54 PG JunAina 12 Comments


Detik berlalu pergi hari-hari dilalui terasa pantas berlari, mentari terasa sekejap cuma menyinar bumi kelam pula terasa seperti menghambat waktu mentari sangat cemburu. Alam terasa cepat sangat berputar. Kita masih begitu menghitung hari dan detik tanpa mahu berubah dan hanya mereka yang berusaha gigih terus mara kehadapan.



Ramadhan bakal menjengah kita seketika cuma sahaja lagi, Ahad yang bakal menjengah. Tika ini hati menjadi sayu. Sudah terlalu tua diri ini agaknya untuk merasa begini agaknya. Kenangan Ramadhan satu persatu bermain di mata. Wajah mak terbayang-bayang.


Teringat zaman kecil-kecil dulu. Seminggu sebelum tibanya Ramadhan arwah tok akan buat stok kerisik untuk sebulan sebabnya bila bulan puasa macam-macam masakan akan dihidangkan. Antara kegemaran tok adalah nasi ulam (versi utara). Daun-daun ulaman yang diracik halus kemudian digaulkan dengan nasi, kerisik dan garam. Stok tepung dan gula juga untuk sebulan sebab bulan puasa macam-macam kuih tok akan buat, paling tidak akan ada agar-agar santan untuk jamah sebelum tidur. Kuih paling sedap dan sentiasa dirindui serikaya bakar dan lompang air tangan tok. Rindu!


Arwah tok ayah pula suka bila tok buat agar-agar merah dipotong kiub dan masukkan air sirap. 21 tahun arwah tok ayah meninggalkan kami banyak kenangan bersama dia semakin kabur diingatan. Paling terkesan Ramadhan juga membawa pergi kasih tok ayah terhadap kami anak cucunya. Saya ketika itu sedang belajar di Terengganu dan bila kembali ke kampong untuk berhari raya semua bapa saudara dan emak saudara ada di rumah tok ayah bersebelahan rumah mak. Saya mengandaikan mereka balik cepat untuk berhari raya. Selepas berbuka puasa tok datang ke rumah dan bagitahu tok ayah sudah tiada. Masa tu hanya tuhan yang tahu perasaan ini, sampai hati keluarga tidak memberitahu saya. Kasih saya tumpah banyak pada tok ayah sebab abah terlebih dahulu meninggalkan kami semasa saya berumur 2 tahun.


Sehari sebelum Ramadhan mak akan sibuk ke pasar membeli ayam, hidangan bersahur mestilah sesuatu yang luar dari kebiasaan dan selalunya mak akan hidangkan ayam. Ketika itu ayam adalah makanan mewah buat kami. Antara hidangan yang menjadi pilihan mak yang merupakan kegemaran kami adalah nasi tomato dan ayam masak merah. Memang menjadi lagenda dalam keluarga kami setiap kali bulan Ramadhan. Juga hidangan bubur cha-cha yang dibancuh dan gunting sendiri.


Kenangan itu merentap hati setiap kali tiba Ramadhan. Entahlah apa perasaan anak-anak saya apabila mereka dewasa kelak. Adakah lagi mereka akan mengutip kenangan sebagaimana saya. Kesibukan bekerja untuk kelangsungan hidup mengahdkan masa untuk berlamaan di dapur lalu apa kenangan yang boleh saya tinggal untuk anak-anak? Moga Ramadhan tahun ini akan memberi sedikit ruang kepada saya untuk memberi lebih tumpuan kepada mereka supa saya dapat mencipta kenangan buat anak-anak.



12 Rider Beraksi:

Projek Iqra' Shopping Raya 2014

5:44 PTG JunAina 4 Comments




Tahun ini sekali lagi Projek Iqra’ menjalankan program Shopping Raya 2014 bagi membantu anak-anak yatim, fakir miskin dan asnaf dari rumah kebajikan terpilih.


Seperti mana tahun lalu saya ingin bersama-sama mempelawa semua kawan-kawan dan pembaca blog Rider Sejati untuk sama-sama membantu mereka yang memerlukan.


Projek Iqra’ masih meneruskan aktiviti untuk tahun ini dengan sumbangan Rm195 tajaan untuk seorang . Sekiranya tidak mampu menyumbang untuk seorang bolehlah kita berkongsi bersama kawan-kawan atau ahli keluarga. Sebagaimana tahun lepas saya menganjurkan Rm20 seorang yang kemudiannya dikongsi untuk penjaan seorang anak yatim/asnaf atau boleh juga mengikut kemampuan masing-masing. Semua sumbangan akan saya kumpul dan kemudian di masukkan ke akaun pihak Projek Iqra' Shopping Raya 2014.


Meski pun sedikit tetap bererti buat mereka yang memerlukan.




Sesiapa yang berminat untuk menaja sebahagian iaitu Rm20 bolehlah menghubungi saya di FB Junaina Abdullah atau sekiranya ingin menaja untuk seorang boleh berhubung terus dengan pihak Projeq Iqra' seperti yang disertakan.


Tel :  017-6702033 (Solleh)
        017-2748904 (Sharifah)
        019-2175597


Maybank
Persatuan Kebajikan Projek Iqra’ SeMalaysia
5648-1050-4003
www:projekiqra.com

email : info@projekiqra.com


Marilah kita bersama-samalah menambah saham akhirat. Sedikit bagi kita tetapi sangat bererti bagi mereka. Saya pertah melalui detik-detik itu dan saya juga pernah merasai kegembiraan setiap kali mendapat bantuan kini saya cuba memberi walaupun sedikit juga dengan tulisan ini juga moga semakin ramai yang akan membantu dan dapat dibantu.



4 Rider Beraksi:

Ibu Tiri Zaman Bawang Merah Bawang Putih

10:26 PG JunAina 17 Comments


Menyelusuri kehidupan yang terlalu banyak sangat cabaran yang kadang-kadang bahu terasa seperti tidak mampu lagi menanggung namun ditika lelah terasa sampai ke penghujung masih diberi kekuatan untuk terus menyusun langkah demi sebuah kehidupan. Cabaran tidak pernah putus namun itulah yang mengajar erti sebuah kehidupan, mendidik diri menjadi insan yang sentiasa bersyukur atas nikmat dari Allah s.w.t. Ujian itu memberi kekuatan untuk lebih gigih mencorak masa hadapan.


Kisah yang meruntun hati ibu saya hanya sebahagian kisah kehidupan biasa yang sentiasa mewarnai bumi. Dunia serba moden, ilmu di hujung jari tetapi masih ada insan-insan yang menyimpan duri di hati, membiarkan daging menjadi busuk kerana mengikut bisikan bertanduk di dalam diri. Merenung nasib dia terasa nikmatnya anak-anak yang kehilangan ayah tetapi masih ada saya sebagai ibu.


Saban hari Kakak Hayani akan bercerita mengenai seorang kawan sekelas yang akhirnya menjadi kawan baik. Dayana gadis manis kecil molek menangisi kehidupan dengan menjadi anak yang kuat, dalam derita kelam hatinya dia berusaha untuk membuktikan yang terbaik. Mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR dan berjaya menempatkan diri di Kelas Rancanga Khas (kelas bagi pelajar yang tidak berjaya ke asrama penuh).


Ibu-bapa berpisah kemudian bapa berkahwin dan Dayana berada di bawah jagaan bapanya, ibunya pula tinggal di Kuala Lumpur dan sangat sedikit cerita yang saya dengar mengenai ibunya. Ibu tiri mempunyai seorang anak lelaki yang sama umur dengan Dayana dan sekelas. Bila perangai ibu sebegitu anak juga akan mengikut perangai ibu jadi dengki dan iri hati menjadi sebati di dalam diri anak. Ada sahaja yang tidak kena pada pandangan mata mereka. Kadang-kadang Dayana menangis di sekolah kerana tidak tahan dengan perangai mereka. Suatu hari saya menghantar Hayani bersama kawan-kawannya ke rumah Dayana untuk meyiapkan kerja sekolah di rumah seorang lagi rakan dan paling tidak saya sangka bukan sekadar Dayana sahaja menjadi mangsa, kawan-kawan juga turut di marahi. Tidakkah kita ingin menjaga air muka anak di depan kawan-kawan mereka?


Si ibu tiri membezakan kasih anak tiri dan kasih anak sendiri. Belanja sekolah anak sendiri Rm5 si anak tiri Rm2 dan bagi saya apa yang dapat dibeli dengan duit sebanyak itu lalu nasihat saya buat Kakak Hayani bantu yang mana perlu. Tika menjemput anak di sekolah acapkali Dayana akan ditinggalkan dan terpaksa balik berjalan kaki sedangkan anak sendiri balik berkereta dalam hawa dingin. Di sebabkan ibu mendidik anak sebegitu si anak sendiri akan berlarian ke kereta dengan harapan si ibu akan meninggalkan si anak tiri dan itulah yang terjadi. Banyak lagi kisah sedih yang membebani hati gadis comel ini.


Saya menjadi terlalu sedih apabila suatu hari dia menyatakan bertapa beruntungnya Hayani kerana mempunyai ibu seperti saya. Sebagai seorang ibu saya sangat beremosi. Saya faham perasaan Dayana mungkin dia terusik melihat cara saya melayan anak-anak mahupun kawan-kawan mereka. Paling saya tidak faham tidakkah si bapa terusik melihat anak dilayan dan diperlakukan sebegitu atau tidakkah si ibu sendiri rela anak dilayan sebegitu oleh si ibu tiri. Apa yang saya tahu si bapa sangat sayangkan anaknya dan menurut apa sahaja pemintaan Dayana mungkin atas sebab itu si ibu tiri membina satu tembok untuk Dayana. Dendam. Iri hati. Hasad dengki


Kabur empangan mata menahan titisan jernih, kelam hati menanggung lara yang panjang, sakit di jiwa umpama tercucuk duri yang tajam. Doa saya agar gadis ini tetap tabah dan saya tahu hatinya sangat kuat walaupun jiwanya terdera. Kadangkala saya titipkan kata-kata nasihat buat Dayana melalui Hayani, memberi bantuan moral agar dia tidak hanyut mengikut rasa. Allah s.w.t memberi ujian hanya buat insan terpilih.



Bunga-bunga di taman hati saya moga saya akan terus menjadi ibu yang baik.


17 Rider Beraksi:

Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah Hormati Perubahan

11:00 PG JunAina 10 Comments


Syukur alhamdulillah. Tidak ada erti terlewat untuk perubahan yang membawa kearah kebaikan. Malah kita sebagai rakyat jelata juga bergembira kerana akhirnya Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah Binti Haji Hamidun memenuhi tuntutan agama untuk menutup aurat selari dengan kedudukan baginda Tuanku dan Tuanku Permaisuri yang menjadi Ketua Ugama Islam.


Setelah melalui perubahan sekian lama adalah sangat mengecewakan bila masuk ke bank-bank atau pejabat-pejabat swasta kecuali Jabatan-Jabatan Kerajaan masih lagi menggantungkan gambar Tuanku Permaisuri tanpa mengenakan tudung. Tidak perihatin dengan perubahan. Sekurang-kurangnya hormatilah kedudukan baginda sebagai Permaisuri Agong ketika ini. Gantunglah gambar baginda yang megenakan tudung yang nampak lebih manis.



Saya ambil gambar ini di sebuah bank di Ampang Park pada 20hb Jun 2014. Selepas bertahun-tahun potret ini tidak berganti. Mahal sangatkah harga sebuah potret berbanding keuntungan yang dibuat syarikat setiap tahun?


Pada pandangan saya pihak bertanggungjawab terutama KSN/KSU perlu memberi perhatian kepada isu ini. Nampak kecil tetapi memberi impak yang sangat besar kepada pandangan masyarakat terhadap kedudukan Tuanku berdua.






10 Rider Beraksi:

Go...Oranje...Go...Go...

1:38 PTG JunAina 16 Comments



Spain angkat bungkus awai-awai lagi jadinya saya berpaling tadah.
Go...Oranje...Go...Go...



Saya hanya memberi sokongan kepada aktiviti syarikat tempat saya bernaung ketika ini. Memeriahkan demam bola sepak yang sedang melanda. Kalah atau menang adat pertandingan paling penting dalam makan bola minum bola, tidur bola jangan lupa tanggungjawab masing-masing.



16 Rider Beraksi:

Rumah Kebajikan Mana Nak Hantar Abang?

9:56 PG JunAina 19 Comments


Kami selalu bergurau manja dalam banyak hal, walaupun dia seorang yang 'cengey' dan tegas tetapi bila kena gayanya dia memang banyak idea nak bagi isteri senyum. Dia seorang bapa 'zaman dahulu' yang tidak banyak bercakap dengan anak-anak kecuali perlu. Jadi memang jarang bercakap jaug sekali bergurau senda dengan anak-anak kecuali dengan anak perempuan kesayangan dia. Kalau bab kakak semua akan di turuti.


Kadang-kadang dia selalu juga meluahkan rasa hati tentang anak-anak yang bila sudah besar bermacam-macam perangai dan gaya. Suatu hari dia meluahkan rasa hati yang dia tidak mengharapkan anak-anak untuk menjaganya apabila dia mula sakit-sakit dan nyanyuk kelak sekiranya umur dia masih panjang mungkin anak-anak akan menghantar ke rumah orang tua-tua. Saya hanya iyakan sahaja sambil ketawa.


Pagi tadi lagi sekali gurauan yang sama bermain dibibirnya. Anak perempuan dia hanya ketawa dengan telatah abah. Saya lagilah bahankan dia cukup-cukup. Saya kata juga mungkin saya akan cari bibik untuk jaga dia sebab saya perlu bekerja sekiranya tidak saya terpaksa juga menghantar ke rumah jagaan dan yang paling dekat Rumah Siti Hasmah di Cheras supaya ada yang menguruskan dia sementara saya bekerja. Dia menyambutnya dengan ketawa besar.

Sampai di pejabat selepas bersalam dia mengajukan pertanyaan. 'Mama dah piliih ke rumah kebajikan mana nak hantar abah nanti senang abah nak wakafkan semua harta-harta abang yang ada?' Rupanya dia 'touching' lebih pulak pagi ini. Alahai...saya gelakkan dia.




Walaupun umur kami berbeza banyak tetapi kasih sayang itu tetap utuh di hati. Apakah nilai kasih bagi seorang isteri? Bukan wang ringgit, bukan harta benda cukup dengan kasih sayang serta perhatian yang di beri. Selagi tanggungjawab tetap berada dinombor satu, lalu apa lagi yang perlu saya kejar.

19 Rider Beraksi:

Roti Bakar Telur Paling Best di Jitra

1:44 PTG JunAina 23 Comments



Roti bengali yang di potong agak tebal, di bakar kemudian telur goyang diletakkan di atas diserikan dengan mayonis, lada putih dan sedikit kicap. Kelainan yang membuatkan saya jatuh cinta pandang pertama. Harus balik kampung gigih pi sarapan di Jitra.Yummeh...kalau nak makan kena pi Jitra gerai dekat area stesyen bas.



23 Rider Beraksi:

Fast Update Cerita Panjang Yang Tertangguh

3:03 PTG JunAina 14 Comments


Masa masih mencemburui. Saya masih sedang cuba untuk sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling, saya gembira di sini tetapi sebagai orang baru saya masih perlu menjaga kata bicara serta perbuatan agar tidak menongkah arus. Walaupun saya sangat selesa dengan mereka saya masih perlu menghormati persekitaran yang ada. Saya tidak berselindung dengan lakonan, saya tetap menjadi diri yang sebenar dimata mereka.


Banyak yang nak di cerita terlalu banyak yang hendak dikongsi tetapi semua tersekat buat ketika ini. BW juga sangat terhad. Rindu nak baca celoteh kawan-kawan. Apapun persiapan raya anak-anak dah beres sejak dua menjak ini dah tak larat nak jalan-jalan di bulan puasa jadinya sebelum puasa setiap tahun mak akan siapkan baju anak-anak di bulan Syaaban.



Berselfie sebelum memulakan perjalanan shopping raya tahun ini, anak-anak buat pilihan sendiri. Rindunya masa depa kecik yang hanya pakai apa sahaja yang mak belikan.







14 Rider Beraksi:

Pejabat Baru Nafas Baru Saya Sangat Bertuah

4:06 PTG JunAina 19 Comments




Syukur alhamdulillah percaturan Allah s.w.t itu adalah yang terbaik buat saya. Memulakan tugasan di syarikat baru sejak Isnin dalam keadaan sakit, incharge paksa saya balik untuk berehat pada hari pertama tetapi sebagai menghormati saya etap bertahan sehingga hari kedua yang saya masuk pukul 8.30am dan balik pada pukul 9am.


Perjuangan saya telah bermula di tempat baru dengan begitu manis. Rakan sekerja lama juga berada di sini memberi sambutan yang sangat membahagiakan hati saya begitu juga rakan-rakan baru yang sangat cepat mesra. Mungkin saya sudah sedikit tua untuk merasa kekok di tempat baru.

19 Rider Beraksi: