Bayang-bayang Hari Tua

10:25 PG JunAina 14 Comments


Bila tengok anak-anak yang sudah besar di depan mata terasa cepatnya masa berlalu, rindu masa mereka kecil yang sentiasa meriuhkan rumah. Rumah yang sentiasa bersepah dengan mainan di lantai, tak pernah sekemas rumah orang lain. Sekejap kemas pusing ke dapur tengok bersepah lagi. Belum hiruk pikuk anak-anak bermain, bergaduh berebut barang mahupun berebut siaran tv kegemaran masing-masing. Kadang-kadang mama pun tumpang pening mencari botol susu yang di mana minum kat situ letak, kadang-kadang bergolek ke bawah sofa, meja makan bawah kabinet dapur mahupun bawah katil. Stress sangat rasanya.







  
Bila berjalan pula terpaksa siapkan beg susu dan pampers serta makanan untuk mereka selain dari baju sebagai bekalan sekiranya tiba-tiba pampers yang digunakan bocor atau anak-anak muntah. Masa anak-anak kecil banyak belanja di habiskan untuk susu, pampers dan untuk bayaran penjaga. Waktu itu perbelanjaan itu menjadi keutamaan. Memilih pampers yang bagus juga adalah perlu untuk mengurangkan perbelanjaan, kalau murah sangat cepat pula bocornya kalau yang mahal pula tak mampu di beli jadi sebagai ibu perlu bijak membuat keputusan dan semua itu memerluka ilmu juga. MOM TIPS: HowTo Choose The Right Diaper For Your Baby. Extra Dry, Super Comfy. Makanan pula biasanya bubur nasi di masak sendiri, bekalan nestum sebagai tambahan juga biskut buat kudapan anak-anak. Semua dibekalkan dan dihantar ke rumah penjaga.




Sekarang masing-masing sudah besar sudah jadi anak dara dan anak bujang, meriah rumah semakin berkurang, masing-masing sudah menjadi kawan mama. Tinggi ketiga-tiganya sudah melebihi mama. Sesekali terdengar juga riuh-rendah di rumah bila si abang mengusik dan menyakat adik-adik, kakak pula pantang di usik nyaring sahaja suara dia menjerit manakala adik pula kalau disakat melentinglah cuma kadang-kadang bila mereka bermain seperti anak kecil berlari di dalam rumah pening juga dibuatnya.

 




Masa mereka bersekolah masih ada di rumah dapatlah menjadi kawan tetapi bila masing-masing mula melanjutkan pelajaran ke kolej nanti semakin sunyilah rumah. Abang dan kakak cuma berselang setahun kemudian tinggallah adik yang akan mengikut jejak abang dan kakak 3 tahun kemudian. Tika itu rumah akan menjadi terlalu sunyi, tiada lagi suara mereka memeriahkan rumah. Tiba-tiba rasa sebak. Bayang-bayang hari tua semakin mendekat rupanya. Fitrah kehidupan namun masih banyak lagi perkara lain yang boleh di buat untuk mengisi masa sehingga tiba detik itu gunakalah sepenuhnya masa yang ada bersama mereka.




14 Rider Beraksi:

Bengkel Motor Kena Pecah

8:00 PG JunAina 8 Comments


Cabaran orang berniaga memang tak dapat dijangka terutama sekali dalam bab sakit hati serta dengki mendengki. Sebagai peniaga seharusnya bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi cabaran yang satu ini kerana kita tidak mampu untuk merubah sikap manusia. Paras dengki itu akan bertambah tinggi seiring dengan kejayaan setiap peniaga, semakin berjaya semakin ramai yan sakit hati dan sakit mata melihat. Maka bermula juga tindakan-indakan yang tidak sepatutnya berlaku yang berlawanan  dengan hukum mahupun undang-undang.



Pemegang mangga kena ketuk. Operasi mungkin sebelum subuh sebab kedai sebelah menyebelah beroperasi sehingga 1am dan gerai burger kat depan pun 2-3am baru tutup.



Adik saya Muhammad Shahizat tuan punya JMR Motorwork di Perlis tak terkecuali menghadapi situasi sakit hati dan dengki ini walaupun perniagaannya tidaklah segah Chin Hin Motor yang terkenal di Kedah/Perlis. 27hb Oktober 2015 bengkel kecil berdekatan Kolej Komuniti Tambun Tulang dipecah masuk, pelbagai barangan hilang dan paling menghairankan stok spare part motosikal tak di usik, duit sewa kedai yang terselit di celah-celah resit masih ada yang hilang adalah perkakasan untuk bekerja seperti spanar dan lain-lain. Nampak dia sangat tenang namun dia luahkan juga rasa kecewa kepada anggota yang mengambil keterangan di balai. Katanya `Saya tak kisah kalau masuk ke kedai ambik barang-barang lain tapi dia ambik pancing macam mana saya nak mengail lagi?’.




 



JMR Motorwork Tambun Tulang spare part tak terjejas tetapi barang-barang untuk buat kerja yang hilang.



Spanar yang hilang adalah barangan kesayangan dia tanpa spanar kerja tak boleh nak buat, selain itu ada 3-4 barang lain lagi hilang yang harganya setiap satunya melebihi seratus ringgit. Satu set spanar berjenama SATA yang hilang pula bernilai lebih Rm1800, barangan kesayangan dia pulak. Kesemua barangan yang dicuri adalah yang boleh dibawa dengan tangan kemungkinan pencuri itu datang dengan motor, pecahkan pemegang mangga di pintu depan ambil barang dan pergi dalam keadaan tergesa-gesa sehingga lupa menutup pintu.



JMR Motorwork kedai utama di Pida Dua Sekerat kedai ini depan rumah mak sahaja.


Semua barang kena beli semula kalau dapat dana seperti ni tak apa juga `10 Super Awesome MalaysianBusinesses: Which One Do You Think DeservesRM250,000?’ boleh berangan untuk mulakan perniagaan yang lebih besar tanpa perlu memeningkan kepala. Bukan setakat berangan boleh terus mulakan besarkan perniagaan di kedai baru yang lebih bagus. Adik saya pun bermula dari rumah, kemudian buat bangunan depan rumah mak jadikan bengkel daftar perniagaan secara sah, hadiri kursus anjuran pelbagai agensi kerajaan terutama MARA. Kemudian mendapat pinjaman dari TEKUN dan MARA. Semua itu bukan terbina sekelip mata semua itu memerlukan usaha dan kerja keras. Bila mula berjaya sedikit timbul iri hati, dengki kianat sedangkan mereka enggan berusaha.


Perkara mula-mula bila tengok keadaan kedai dia bagi tau mak yang ada bersama. Allah s.w.t sedang mengatur yang terbaik buat dia, moga siapa yang ambik barang-barang dalam begkel dia mendapat petunjuk tanpa ada riak kecewa di wajah dia tetapi hati menangis siapa yang tahu. Sebagai kakak perkara yang sama saya bagitahu insyaallah ada hikmahnya. Allah lebih mengetahui dan Dia tak akan menganiaya hambanya dan tidak akan juga menguji kepada yang tidak mampu menaggung.



Walaupun kecewa semangat tetap tak hilang JMR Motorwork di Kampung Pida Dua Sekerat dan Tambun Tulang tetap beroperasi seperti biasa.



8 Rider Beraksi:

Handbag Cantik Pilihan Hati

8:00 PG JunAina 11 Comments


Beli handbag tangan terakhir secara rasmi adalah pada tujuh tahun yang lalu, setelah mula membawa beg sandang ke pejabat nafsu untuk membeli handbag seolah-olah telah mati. Handbag yang ada sesekali sahaja dibawa ke majlis-majlis tertentu. Bersantai di hujung minggu mahupun bercuti lebih selesa menggunakan beg sandang. Semua barang memang ada di dalam beg tersebut jadi tak timbul isu terlupa barang atau tertinggal barang. Beg yang sama untuk pelbagai situasi.


Ini merupakan tahun kelapan jadi rasanya sudah terlalu ketinggalan zaman handbag yang ada, kadang-kadang terasa malu pula hendak dibawa ke majlis-majlis keramaian. Bukan soal mampu atau tidak tetapi kadang-kadang terasa sayang sangat nak belanjakan duit kepada perkara yang tidak perlu sebab handbag sedia ada masih boleh digunakan dan masih elok tanpa cacat cela. Lagi pun duit itu perlu disalurkan ke tempat yang lebih diperlukan.


Sejak akhir-akhir ini hati teringin sangat nak memilikihandbag yang baru, hajat di hati hendak beri ganjaran kepada diri sendiri atas penat lelah bekerja. Bila difikirkan handbag pun satu keperluan juga, bukan semua keadaan boleh dibawa beg sandang. Terdapat dua tiga handbag yang sedang dipertimbangkan semampu poket sendiri tetapi masih ditapis agak tidak berlaku pembaziran. Bagi yang berkemampuan bolehlah pergi ke butik pilih-pilih dan bayar, bagi saya perlu banyak pertimbangan sebelum membeli sesuatu barang.






Semua yang menjadi pilihan adalah dari material kulit sebab ianya lebih tahan lasak. Tidak cepat rosak jadi alah membeli menang memakai. Beg tangan pun mempunyai `value’ yang tersendiri kadang-kadang kita boleh menjual dengan harga yang lebih baik dari yang kita beli tetapi biasanya untuk model keluaran khas.











Tetapi zaman sekarang ni perlu berhati-hati bila membeli barang sebab banyak sangat barangan tiruan, ada pula yang kata barangan lari cukai pada hal semua itu kategori barang seludup. Pernah Terfikir Tak Kenapa Orang Selalu Cakap Barang Seludup Tak Bagus & Merbahaya? Bila dah baca baru kita faham dengan kenyataan barangan seludup ini. Jangan menyesal kemudian hari bak kata pepatah Melayu `Menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tiada gunanya’. `Bila terhantuk baru tergandah’ selagi belum kena pada diri sendiri selagi itulah kita tidak sedar kesan terhadap barang seludup ini. Begitulah lumrah hidup kita sebagai manusia.



11 Rider Beraksi:

Sukarnya Menjadi Penyimpan Rahsia

11:00 PG JunAina 7 Comments


Seorang kawan meluahkan masalah yang dihadapi sambil menangis, meratapi segala kesdihan serta ujian yang Allah s.w.t berikan kepadanya. Tanpa selindung walaupun sedikit dia bercerita memberi sepenuh kepercyaan kepada kita. Sebagai kawan yang baik kita mendengar penuh tumpuan sesekali mencelah, akhirnya memberi nasihat yang lebih positif menghadapi setiap keadaan. Pada akhirnya dia meminta kita menyimpan cerita tersebut sebagai rahsia. Amanah yang terlalu berat untuk digalas.


Baru-baru ini saya dikejutkan dengan pesanan melalui telefon bimbit oleh seorang kawan baik sejak 20 tahun yang lalu. Walaupun jarang berjumpa tetapi kami sentiasa berhubung sama ada melalui telefon mahupun email. Ayat-ayat yang ditulis amat menggetarkan jiwa dan menyentap hati. Saya mencari-cari di mana silapnya. Saya tercakap tanpa disedarikah? Menuduh dengan sebegitu seolah-olah hanya saya sahaja yang tahu kisah hidupnya. Remuk redam hati saya, sedih usah cerita kerana saya memegang amanah yang diberi sehingga tidak menceritakan kepada seorang lagi kawan baik kami, begitulah saya memegang permintaan dia.


Bagi saya ini satu tuduhan yang berat. Menuduh saya menyebarkan cerita masalah rumahtangga yang saya simpan kemas selama ini. Apa yang saya dapat dengan membuka aib dia? Selama ini saya memberi moral support kepada dia, menyokong segala keputusan dia selagi perkara itu baik, cuba menenangkan setiap kesedihan serta lara di hati dia. Saya cuba menjadi sahabat yang boleh diharapkan dikala suka mahupun sedih, dikala ketawa mahupun berduka. Membantu sebaik mungkin selagi mampu.


Ini ujian buat saya. Setelah 20 tahun menjadi sahabat mungkin ini ujian buat saya dan dia untuk melihat sejauh mana tetapnya hati kami dalam bersahabat. Saya menjawab yang mana perlu di pesanan ringkas yang dihantar kemudian saya diam rasanya itulah jalan yang terbaik buat kami ketika ini. Saya manusia bukan malaikat saya juga tidak sempurna mungkin ada ketikanya saya terlalai tetapi untuk terus menuduh adalah terlalu kejam buat saya. Bukan hari ini dia mengenali saya sekiranya tidak terbina kepercayaan mana mungkin dia berkongsi cerita peribadi yang menjadi rahsia dengan saya.


Apa yang pasti satu pengajaran saya dapat hari ini, biarlah jangan yang ada meminta saya menyimpan rahsia lagi takut beginilah padahnya. Mungkin dia juga ada bercerita dengan orang lain selain dari saya tetapi tiba-tiba bila perkara itu diketahui umum kemungkinan nama saya akan terpalit juga. Biarlah saya tidak tahu dari esok mencipta musuh dengan sahabat sendiri. Terputusnya silaturrahim yang telalu panjang tempohnya akan memberi kesan yang mendalam kepada jiwa.


Sahabat. Kepercayaan itu tidak terbina sehari-dua, seminggu-dua atau setahun-dua tetapi terbina sejak 20 tahun. Mengapa begitu mudah kepercayaan itu diruntuhkan?



Pesanan buatmu sahabat. Muhasabah diri selalu. Merenung segala kesilapan-kesilapan yang pernah kita lakukan kepada orang disekeliling kita. Adakah kita menjaga mulut dari membuka aib orang, manjaga mulut dari bercerita perihal orang lain atau menjaga mulut dari bercakap perkara sia-sia. Allah s.w.t itu adil. Hari ini kita membuka aib orang esok lusa kita sendiri akan dibogelkan dihadapan orang. Tak perlu risau kita diaibkan kerana Allah s.w.t akan membawa kebaikan-kebaikan kepada dirimu kelak. Berdoalah kerana doa orang yang teraniaya itu makbul namun jangan pula kita menganiaya orang lain kerana doa orang yang kita aniya itu amkbul dan mungkin Allah s.w.t akan memberi bala kepada kita pula. Jaga mulutmu jaga perilakumu moga apa yang selalu dikongsi di media social olehmu adalah cerim peribadi mu yang sebenar bukan sekadar lakonan.





7 Rider Beraksi:

Rumah Sewa Terlaris

9:32 PG JunAina 10 Comments


Syukur alhamdulillah sesungguhnya Allah, Engkau maha pemberi, tak pernah lokek walaupun kami hambaMu selalu melupakan Mu, alpa dengan urusan dunia yang tidak pernah berpenghujung, kemurahanmu tiada pernah terbatas.


2hb Oktober 2015 penyewa bagitahu yang dia akan keluar rumah akhir bulan dan minta tolak sewa bulan Oktober dengan deposit yang dibayar semasa masuk dahulu. Walaupun agak singkat notis yang diberi saya terima dengan positif walaupun bajet bulanan sudah sedikit tergelincir jadi bulan ini ada perkara yang kena tangguh  dahulu. Deposit bil elektrik pula saya akan jelaskan kemudian selepas tolak bil terakhir bulan tersebut.


Bermula edisi pencarian penyewa baru untuk rumah teres dua tingkat yang saya beli hampir 3 tahun yang lalu. Rezeki Allah untuk saya dan anak-anak walaupun saya tak duduk tetapi itu tetap rumah saya. Walaupun ada 2-3 orang agen yang telefon dan minta uruskan saya menolak dengan baik sebab bagi saya semua itu saya masih boleh uruskan sendiri dengan bantuan suami. Saya mula iklankan di Mudah.my dalam masa hanya 2 minggu saya mendapat hampir 30 panggilan sehinggalah saya padam iklan tersebut. Tiga hari selepas iklan sudah ada yang booking rumah tetapi saya minta dia menyerahkan salinan kad pengenalan selagi tidak diberi saya menganggap dia tidak bersungguh-sungguh. Seminggu kemudian saya mendapat salinan kad pengenalan melalui aplikasi WhatssApp, dalam tempoh tersebut banyak panggilan telefon yang saya dapat sehingga ada yang meminta saya masukkan dalam senarai menunggu.


Saya mudahkan orang moga Allah s.w.t akan mudahkan saya kelak. Itu prinsip saya. Mengikut purata sewaan kawasan tersebut adalah Rm1200 tetapi sebab saya tidak sampai hati mengenakan sewa sebegitu saya hanya meletakkan sewa Rm1000. Deposit pula kebiasaannya adalah 2 bulan tetapi saya hanya ambil satu bulan deposit, elektrik dan air pula hanya Rm200 yang mana kebiasaannya adalah separuh dari harga sewa rumah. Saya bukan banyak duit, jauh sekali kaya namun saya harap apa yang saya buat sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban bakal penyewa. Syarat yang sama juga saya kenakan kepada penyewa terdahulu dan dia duduk tanpa banyak kerenah selama tiga tahun dan berpindah sebab rumah yang dibeli telah siap. Rumah saya juga dijaga dengan baik setakat bulan Febuari yang lalu.


17hb Oktober 2015 saya berjumpa dengan bakal penyewa untuk tandatangan perjanjian sewa rumah yang telah saya siapkan. Alhamdulillah. Kalau dulu saya dapat penyewa dengan seorang anak yang masih kecil kali ini saya dapat penyewa yang bakal melangsungkan perkahwinan tak lama lagi. Mereka datang berdua dan saya juga ada salinan kad pengenalan keduanya. Bila terbaca iklan rumah untuk di sewakan dengan harga yang berpatutan di kawasan tersebut mereka cepat-cepat telefon minta alamat untuk tengok rumah dan persekitaran. Penyewa masih ada jadi tak dapat tengok bahagian dalam cuma dapat lihat gambar-gambar yang ada di Mudah.my sahaja. Walaupun hanya dapat tengok dari luar mereka sangat berpuas hati walaupun tembok pagar sudah luntur warnanya sebab itu adalah cat asal. Semasa penyewa yang ada masuk saya langsung tak sempat nak cat. Perjanjian bakal di bawa ke LHDN untuk `stamping’ dan salinan akan diberi kepada penyewa kelak.


Luasnya kasih sayang Allah. Allah s.w.t permudahkan urusan saya mencari penyewa rumah yang baru sehinggalah mereka dengan senang hati menerima syarat-syarat yang saya kenakan. Membayar Rm500 sebagai tempahan tanpa ada prejudis. Bulan November nanti penyewa baru akan masuk namun saya meminta tempoh sehari dua untuk menguruskan mana yang patut. Almaklumlah bila penyewa lama saya perlu selenggara kerosakan-kerosakan kecil yang berlaku. Harap semuanya baik-baik sahaja tanpa kerosakan besar.

  


10 Rider Beraksi:

Kaswi, Tepung Talam dan Apam Untuk Buah Hati

2:52 PTG JunAina 10 Comments

Cuti sempena anak sulung ambik peperiksaan PT3 pada 13, 13 dan 15 Oktober yang lalu jadinya kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya sebagai surirumah sepenuh masa. Bangun pagi masak, tengahari masak, petang masak dan malam pun masak lagi. Rakyat di rumah semua senyum simpul sebab makan air tangan mak yang jarang-jarang sempat melayan kerenah mereka di meja makan. Abang yang ambil periksa pun balik dari sekolah dengan gembira sebab mak ada kat rumah walaupun ada soalan yang agak memberi masalah kepada dia.


Selain masak lauk untuk makan tengahari dan makan malam sibuk juga asah bakat masak kuih untuk minum petang. Dulu-dulu masa Pak Tuan kerja jauh selalu juga buat kuih bila dia balik bercuti tetapi lama-lama bila anak pun tak mau layan kuih-kuih tradisional yang mak buat semangat terus merudum. Seiring dengan masa anak-anak membesar sekarang masin-masing makan sahaja apa yang mak masak. Jadi mak semakin rajin masak-memasak. Ada peluang pergi ke kelas belajar walaupun kadang-kadang apa yang diajar tak jadi pun tetapi yang penting dapat ilmu. Sekali buat tak jadi cuba lagi dan lagi insyaallah mungkin kali ke 10 akan menjadi dengan baik.








Tiga hari bercuti sempatlah buat kuih kawi, tepung talam dan apam. Hari pertama buat kaswi mudah sangat dan menjadi dengan baik, sangat lembut menjadi rebutan anak-anak sekejap sahaja sedulang habis diulang. Hari kedua tepung talam menjadi pilihan kali ini sedikit kekurangan bila bahagian bawah kurang manisnya dan bahagian atas pula kurang garam jadi rasa tak seimbang sepatutnya bila cukup gula dan garam rasa lemak itu akan bangkit. Walaupun sedikit kurang sedap tetap habis juga sedulang. Hari ketiga bercuti buat apam pula, sepatutnya diperam selama 3 jam tetapi sebab mengejar masa sejam sahaja terus kukus.

 



Selepas ini kalua ada cuti yang berbaki  nak try buat kek dan brownies pula. Biasanya kek akan menjadi kegemaran anak-anak terutama kek coklat walaupun begitu anak-anak tetap sedikit memilih mengenai  rasa kek yang dibuat. Kek yang simple dengan rasa asli tetap menjadi pilihan. Walaupun mak hanya buatkan kek marbel, kek coklat  atau kek oren anak-anak tetap makan sakan-sakan.


Memasak akan menjadi agenda utama seorang ibu, apabila ada kelapangan jadi bertambah meriahlah menu di atas meja. Suami dan anak-anak makan dengan gembira emak pula akan tersenyum puas. Itulah harta yang paling berharga buat seorang wanita.








10 Rider Beraksi:

Ruang Dapur Dapur Idaman

12:23 PTG JunAina 18 Comments

Penyewa sudah memberi notis sebulan untuk pindah keluar jadi dalam masa terdekat ini rumah akan kembali kosong. Hampir tiga tahun penyewa ini duduk tanpa maslah besar dan berpindah keluar sebab rumah sendiri di Semenyih 2 telah siap. Hajat di hati nak sahaja pindah masuk almaklumlah rumah teres lebih selesa dengan anak yang semakin membesar, anak-anak pun akan dapat seorang satu bilik berbanding sekarang terpaksa bilang anak tangga ke tingkat dua dan anak-anak terpaksa berkongsi bilik. Nanti bolehlah hiaskan rumah ikut kehendak hati dah lama teringin nak ada taman kecil di depan rumah.



Bila di fikirkan pro dan kontranya pula rasa sayang nak tinggalkan rumah yang di duduki sekarang, walaupun rumah kecil tetapi banyak kelebihannya. Jiran-jiran yang sangat baik serta sentiasa mengambil berat dan tolong menolong ketika kita di dalam kesusahan. Masa anak-anak masih sekolah rendah boleh sahaja minta tolong jiran tengok-tengokkan mereka di rumah semasa kita keluar bekerja. Sekolah kebangsaan, sekolah menengah hanya sebelah menyebelah boleh berjalan kaki sahaja. Kedai runcit, pasaraya, dobi pun dekat, Klinik 1Malaysia pun ada. Pulak tu dekat sangat dengan Pekan Kajang dan ada kemudahan bas.



Warna kuning antara warna kegemaran tetapi untuk kabinet dapur mungkin tidak. 


Masa dibeli dulu rumah ini telah siap dengan cabinet dapur berwarna coklat, walaupun ini bukan warna kegemaran saya biarkan sahaja sebab keadaannya masih baik dan rumah tersebut memang nak disewakan sementara waktu. Bagi saya dapur adalah tempat yang sangat penting selain ruang tamu dan bilik tidur. Bila dapur cantik keinginan untuk berada di dapur sangat tinggi dan mood untuk memasak pun pasti berbunga-bunga. Jadi bila berpindah masuk perkara utama yang saya ambil kira adalah untuk mengubahsuai dapur. Saya menginginkan ciri-ciri dapur moden yang tampak simple tetapi amat praktikal.


Saya mencari idea-idea segar dari beberapa pasaraya terkemuka di Malaysia yang membekalkan cabinet dapur, ingin mengolah sendiri kabinet dapur mengikut kehendak serta kemampuan sendiri serta haruslah bersesuaian dengan bajet. Banyak laman web yang boleh membantu untuk mendapatkan dapur idaman yang penting perlu sedikit kerja keras dan luangkan masa yang lebih untuk memenuhi kehendak hati. Bila semua dilakukan sendiri ini akan memberi lebih kepuasan. Saya juga merujuk ke `4 Steps To Create The Kitchen Of Your Dreams. It’s As Simple As ABC’ bagi merealisasikan impian dapur terbaik untuk kami sekeluarga.





Warna merah yang garang dan pink yang menarik sangat memikat mata. Gambar rujuk di sini.



Beli rumah sudah mengeluarkan modal yang besar, nak pindah rumah pula terpaksa fikirkan apa yang nak diisi ke dalam rumah pula. Nak selesa kenalah berkorban sebab di situlah banyak masa yang akan dihabiskan, mungkin hanya sekali itu sahaja kita membeli barang-barang mahupun membuat perubahan di dalam rumah mengikut selera kita. Menghasilkan sentuhan-sentuhan magic yang boleh membuatkan hati kita tenang setiap kali melangkah masuk ke dalam rumah.




18 Rider Beraksi:

Rumah Untuk Di Sewa Taman Taming Impian Kajang

2:04 PTG JunAina 9 Comments

Bagi yang sedang mencari-cari rumah untuk di sewa dengan harga yang berpatutan di Kajang saya ada sebuah rumah teres dua tingkat untuk di sewa di Taman Taming Impian, Kajang, Selangor. Taman ini terletak berdekatan Jenaris dan Prima Saujana, landmark paling dekat adalah Giant, Prima Saujana dan Surau Jenaris. Sekiranya anda berada berdekatan surau akan kelihatan sign board Taman Taming Impian. Persekitaran kebanyakan adalah keluarga Melayu.


Rumah ini akan kembali kosong pada November 2015 sebab penyewa sebelum ini akan berpindah ke rumah sendiri. Alhamdulillah tiga tahun penyewa ini duduk tanpa ada masalah yang timbul. Rumah ini dilengkapi dengan kitchen cabinet dan berada di dalam keadaan yang baik.


Kemasukan November 2015
Deposit 1+1, Utility Rm200 (supaya tak membebankan penyewa)

Detail :
Rm1000/month
Rumah Teres 2 Tingkat Intermediate Lot
4 bilik + 3 bilik air
Partially Furnished - With kitchen cabinet

Kemudahan :
Berdekatan Giant, Tesco,  Speedmart99, Kamdar, Surau
Sek Keb Kantan Permai & Sek Men Saujana Impian
Berdekatan  Bandar Baru Bangi, Semenyih, Seri Kembangan, Serdang, Putrajaya, UKM, UPM, UNITEN 15-20 minit.

Kemudahan Jalan :-
- SILK, LEKAS Highways
- Cheras-Kajang Highway
- PLUS Highway

Alhamdulillah rumah ini sudah ada penyewanya.






9 Rider Beraksi: