Berita Terkini

1:01 PTG JunAina 12 Comments

Salam.

Sudah lama rasanya tak up date blog ni, rindu sangat tapi apakan daya kesibukan melampau membuatkan segala pergerakkan terbatas. Sejak akhir-akhir ini banyak pulak perkara-perkara diluar kawalan berlaku. Banyak masa terpaksa dihabiskan untuk selesaikan apa yang patut.

Rindu dengan geng blogger jangan cakap le, lama tak ketuk-ketuk pintu kawan-kawan semua. Perjumpaan kat rumah Dato LF pun tak dapat hadir. Kebetulan pulak sekarang ini tengah panas dengan appraisal jadi kena le jaga prestasi sikit...hehehheee...

Insyaallah ada masa Aina merempit ziarah kawan-kawan okeh.
 

Masuk KPJ Kajang Specialist pada 20 March lalu. Dalam sakit-sakit tu boleh senyum dapat sebakul buah dan bunga dari office. Selepas scope keesokan harinya dah boleh balik dapat 9 hari mc.

Muka tengah tahan sakit tapi layan jugak le budak pompuan comel anak Singh mana tah, layan cakap lama-lama duduk atas riba main game kat hp. Pas tu dia ambik gambar untie. Comel sesangat, foriegner sepatah pun tak reti cakap Melayu. Tapi comel betul dengan punjabi suitnya.

 Muka budak yang sakit.

Mak keluar hospital hari Rabu hari Khamis budak kecik pulak demam kuat, sebenarnya dah seminggu dia on and off demam. Takut denggi bawak pergi hospital, ambik darah. Terpaksa juga masuk wad bila sell darah putih tinggi. Keesokan harinya dia batuk tanpa henti bila doktor check memang paru-paru dia macam ada bunyi dan terpaksa buat x-ray. Malam tu jugak doktor tengok x-ray dan memang nampak paru-paru sebelah kiri dah tak nampak sangat. Confirm sebenarnya Hikram dah kena pneumonia. Kena ambil antibiotik supaya paru-paru tak bernanah. Sakit mak belum baik terpaksa berkampung lagi selama 4 hari kat KPJ Kajang Specialist.

Banyak sudah yang tertinggal untuk di kongsikan dalam blog ni jugak banyak yang tertinggal berkenaan perkembangan kawan-kawan. Insyaallah ada ruang Aina akan tepati janji. Salam ukhwah.




You Might Also Like

12 ulasan:

  1. Salam Aina..
    la..sakit apa ni...akak pun sama lama tk update blog..sibuk memanjang..tp sempat juga join mini gath kat rumah dato aritu...

    kalau tahu rumah aina kat mana boleh juga singgah melawat...

    mudah2an sudah semakin sembuh ye..insyallah.

    BalasPadam
  2. salam aina..semoga aina dan anak kembali sihat

    BalasPadam
  3. Hi Jun, nice pics, Love that bouquet.
    That young boy sure one brave fellow.....
    Wishing him a quick recovery.
    You have a nice day, and keep a song in your heart.
    Lee.

    BalasPadam
  4. Ujian Allah tidak kita duga Aina... moga diberi kekuatan dan kesabaran. Adik dah sembuh betul ke belum? Auntie doakan adik cepat sembuh ye...

    BalasPadam
  5. Salam Kenal. Doa saya agar semuanya dipermudahkan Allah. take care

    BalasPadam
  6. masuk kpj? kenapa kak?
    Aduhai anak pun jatuh sakit..

    semoga akak tabah ye..

    BalasPadam
  7. Salam kak...Moga semuanya seperti sedia kala...Ammiinnnn

    BalasPadam
  8. assalamualaikum

    kalau byk komitmen lain memang tak terdaya nak hapdet belog kan..

    takpe, settlekan satu persatu

    BalasPadam
  9. semoga sihat2 hendaknyer....
    gituler kita manusia biasa...

    BalasPadam
  10. semoga semuanya kembali seperti sediakala...amin...

    BalasPadam
  11. semoga cepat la sembuh anak akak tu. mcm2 penyakit betul la sekarang nih~

    BalasPadam
  12. Sakit apa..? alahai...

    skrg ni macam mana..dah ok kan..? :)

    BalasPadam