Tip Membeli Rumah

11:25 PG JunAina 18 Comments

Tajuk gempaq gitukan. Tak adalah cuma nak syer gembiranya dalam hati ini. Dua bulan lepas kami dah buat keputusan untuk membeli sebuah rumah teres dua tingkat. Keputusan ini memang agak berat kerana bayaran bulanan yang agak banyak. Bila difikirkan kalau tak beli sekarang bermakna masa akan datang pun belum tentu kami dapat beli rumah teres dengan trend harga rumah yang tak masuk akal sekarang. Jadi keputusan terpaksa diambil jugak dengan menghadkan lain-lain perbelanjaan.

rumah untuk di sewa, double story
Inilah rumah yang sedang dalam proses tu. Teres dua tingkat empat bilik tidur dan tiga bilik air. Selesalah untuk keluarga kecil kami. Depan tu dah plan nak pasang tiles semua dan mungkin akan buat bumbung separuh sebab tak nak dalam rumah gelap kalau tutup semua (owhhh verangan).

Sebelum beli rumah tersebut ada jugak la buat research sikit-sikit dan kebanyakannya melalu internet. Belajar sebelum ditipu dan mungkin juga akan ada yang ingin mengambil kesempatan. Banyak blog yang boleh di rujuk. Salah satunya Aina pernah ambik tip dari blog Abang Ensem. Bukan untuk menceburkan diri dalah bidang hartanah cuma ilmu untuk kegunaan sendiri je.

Ikut procedure semuanya akan di selesaikan dalam masa 4 bulan. Biasanya peguam akan bagi tempoh 3+1 untuk selesaikan segala documentation. Kalau lebih dari tempoh tersebut bermakna sebagai pembeli kita terpaksa membayar penjual 8% setahun kira macam denda la. Bayangkan kalau rumah tu harga Rm300k. Banyak jugak. So sebelum rasa tertipu Aina awal-awal dah warning peguam (macam pandai sangatlah kan...ngeee).

Pas tu kalau nak beli untuk investment cuba study kawasan yang kita nak beli dulu. Kemudahan yang ada dan paling penting demand. Sebab Aina beli untuk duduk tak ambik kisah sangat pasai tu. Cuma yang penting dekat dengan sekolah, surau dan kedai (rumah yang dibeli ini walking distance to surau dan Giant, best!). Dua bulan dah berlalu. Rajin-rajinlah push peguam coz kalau dapat yang betul-betul buat kerja oklah, kalau dak prepare duit untuk bayar yang 8% tu. Dua bulan lepas sign segala documentation call peguam dan katanya owner punya bank dan bayar separuh kepada Aina punya bank, dah boleh proceed untuk MOT. Insyaallah lagi dua bulan boleh selesai. Hope so...

Tip membeli rumah yang Aina ada baca dulu tu tentang buat iklan. Kalau nak beli rumah buat iklan untuk tengok demand sesuatu kawasan. Paling senang cari 7-Eleven beli iklan kat situ iklankan rumah untuk di sewa. Tunggu call sahajalah lepas tu. Kalau banyak panggilan tanya pasal rumah tu bermakna kawasan tu memang high demand. Terus grablah that house. Kalau ada yang call sedangkan rumah tu bukan kita punya pun cakap jelah sori dik rumah tu dah ada yang sewa, bukan dia orang tau pun (tipu sunat...kehkehkehhh...).

Dua hari lepas Aina guna tip membeli rumah yang sama untuk cari penyewa kerana Aina tak akan duduk lagi rumah tersebut untuk setahun dua atau mungkin tiga tahun ini. Tak nak hipokrit masalah utamanya tentulah keewangan. Selain tu masalah si kecik tu nanti tak ada yang nak jaga coz dia memang tak boleh berdikari. Sekarang adik yang take care of him. Jalan paling senang guna internetlah. Sambil duduk-duduk je buat iklan kat Mudah.com. Aina hanya menggunakan khidmat iklan percuma jadi mengambil masa 24 jam untuk diiklankan di Mudah.com. Memasukkan harga sewa hampir maksimum kawasan tersebut sebagai percubaan. Alhamdulillah. Sebaik diiklankan Aina menerima tiga panggilan bertanyakan rumah tersebut.

Mengikut kata peguam semuanya akan selesai dalam masa lagi dua bulan. Itu janji dia. Bermakna bulan Febuari akan dapat kunci. Memberi tempoh sebulan untuk cuci rumah, cat pagar dan tembok depan. Rumah berada dalam keadaan baik kerana pemilik baru sahaja berpindah 4 bulan. Masa pergi tengok dulu rumah bersih. Siap dengan kabinet dapur. Jadi Aina iklankan kemasukan untuk bulan April.

Jauh berjalan luas pemandangan banyak membaca luas pengetahuan. Sebelum membuat apa-apa keputusan dalam apa juga sebab ambil tahulah pengalaman orang lain samada membaca atau meminta pandangan orang yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan. Kita tidak akan hebat dalam semua bidang, mungkin kita seorang jurutera hanya hebat dalam dunia seorang jurutera dan tidak akan hebat dalam bidang keewangan tetapi dengan belajar sedikit sebanyak walaupun tidak menjadi pakar sekurang-kurangnya kita ada ilmu supaya tidak ditipu.

You Might Also Like

18 ulasan:

  1. Assalamualaikum Aina

    Alhamdulillah
    Tahniah

    BalasPadam
  2. tahniahla mak dpt beli rumah baru lebih besar selesa tuk anak2 mak jugakk kanns.. ehHHEe

    BalasPadam
  3. Tahniah Aina.. kerana dpt membeli rumah cam nie.. untuk masa depan kan..

    Mudah.com ada laa tempat yang paling sesuai untuk iklan apa2 aje..

    BalasPadam
  4. tips yg bagus kak..tang tipu sunat tak tahan tu.. hehehe...

    BalasPadam
  5. Syukurlah Aina. Kalau idaman dah dalam genggaman apa pun kita lega walau melibatkan kewangan yg banyak - kepuasan kena ada disebalik pembelian itu.

    BalasPadam
  6. betul3 . kena bykkan research n tanye org2 yg lebih berpengalaman . hehee v^^

    BalasPadam
  7. betul kak. at least bila dah buat research sebelum membeli, tau la jugak kan apa procedure dia. tahniah kak! 4 bilik tuuu! :D

    BalasPadam
  8. Bagus tips ni...
    Sebab saya pun merancang nak beli rumah terpakai..sebelum ni beli rumah baru, senang aja...Rumah terpakai ni kena teliti macam macam hal...

    Dekat porch tu, mmg kalau boleh jgn extend panjang sangat, gelap dalam rumah, sebab tingkap sisi tiada..Boleh juga kalau nak extend panjang, tapi kena guna material bumbung yg tembus cahaya tu

    BalasPadam
  9. tak rugi kak beli rumah... aset tu..lainlah beli kereta...harga makin turun..entah2 tak laku nak dijual..

    BalasPadam
  10. good tips aina...thx for sharing..

    BalasPadam
  11. Seronok baca pasal org lain beli rumah, Bie selalu berangan beli rumah, hias2 tengok IKEA la, tapi kecikk lagi kena tggu besar duluu -_- selamat duduk rumah baru ye kak!

    http://dilemaseekorkucingbelang.blogspot.com/

    BalasPadam
  12. Mmg harga rumah skarang tak masuk akal kak.huhu...setahun je klo kita tanggub nak mendadak.

    BalasPadam
  13. waaa selamat duduk umah baharu... :-)

    BalasPadam
  14. Jun,

    Mudah2an semuanya beres sperti dirancangkan

    BalasPadam
  15. moga semuanya bjln dgn lancar
    thanks bkongsi kak june

    BalasPadam
  16. Rumah makun lama makin mahal kak...memang kena beli skrg :)

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah. Tahniah dpt beli rumah nih...Moga semakin ceria ngan family di rumah ini.

    BalasPadam
  18. tips yg sgt berguna JunAina, yg paling best nanti masa mula jejak kaki selepas kita dpt kunci, mcm2 bnda kita nk buat, plan mcm2 nk bgi rumah cntik.curtain, sofa, katil, almari, kabinet, and hiasan lain..tk berada purse dh kosong.tpi tk serik, beli lagi, beli lagi..( aunty dh lalui semua ni) seronok gila woi..

    BalasPadam